Campurtangan Inggeris di Pahang, 1888

Seawal kurun ke-19, saudagar-saudagar Jerman telah kelihatan apabila Bendahara Wan Ahmad memberi peluang kemasukan yang luas kepada pendatang asing. Ia tidak disenangi oleh Inggeris, tetapi Bendahara mempunyai kedudukan yang kukuh dan Inggeris tidak boleh berbuat apa-apa. Pada tahun 1884, apabila baginda berkrisis dengan saudaranya, yang meminta bantuan Inggeris - namun Gabenor Sir Frederick Weld masih enggan terlibat.

Di bawah pengaruh Maharaja Johor, Bendahara telah bersetuju untuk menerima wakil Konsul British dalam tahun 1887. Dia telah bersetuju, "... merundingkan sebarang perjanjian dengan sebarang negeri asing ataupun membuat pemberian kepada sesiapa selain daripada rakyat Inggeris." Sebagai balasan pihak Inggeris telah mengiktiraf baginda sebagai sultan, bukan Bendahara lagi.

Inggeris masih tidak berpuas hati, sedangkan mereka mahu letakkan seorang Residen di Pahang. Peluang hanya timbul pada 1888 apabila seorang Cina rakyat Inggeris terbunuh di Pekan. Kemudian ada beberapa kejadian di mana mahkamah didapati tidak melakukan keadilan. Dengan alasan berkenaan, Sir Cecil Clementi Smith yang menggantikan Sir Frederick Weld telah melawat Pekan dan memberi kata dua, "... bahawa sultan hendaklah menerima nasihat daripada pegawai Residen British." Sultan juga dikehendaki membayar gantirugi.

Pada Oktober 1888, J.P Rodger telah dilantik menjadi Residen British yang pertama di Pahang.

Keadaan ini tidak disenangi oleh sultan, apabila Inggeris secara mudah meluaskan pengaruh mereka di sana. Pada masa yang sama residen pula tidak begitu memerlukan kerjasama sultan dan orang-orang besa ryang mentadbir negeri.

Sultan telah melantik putera sulungnya, Tunku Mahmud menjadi pemangku raja apabila baginda berangkat ke Pulau Tawar di Hulu Pahang. Residen Inggeris terpaksa menurut ke sana apabila baginda langsung tidak kembali ke ibu negerinya sepanjang tahun 1890. Ada beberapa perkara yang perlu didapatkan perhatian baginda.

Pada penghujung tahun 1891, Pahang menghadapi masala kewangan, sedangkan para pembesar telah menuntut elauns yang lebih banyak. Sedangkan kekayaan Pahang yang didogmakan itu hanyalah dongeng sahaja. Kesannya, satu kekacauan berlaku di daerah Semantan lalu menjadi pemberontakan penuh kemudiannya. Ketua pemberontak itu adalah Orang Kaya Pahlawan Semantan.

Tuksu: seorang tua yang penuh misteri;
meninggal dunia 1985 di Temerlok, Perak

Tuksu...
Daripada cerita-cerita yang disampaikan didapati seiring dengan peristiwa perjuangan di Pahang ini. Dia turut menceritakan pembabitannya dalam perang Selangor di mana dia menyebelahi Raja Mahadi, apabila Sultan Abdul Samad menerima kemasukan Inggeris di Selangor kesan hasutan menantu baginda Tengku Kudin, dari Kedah.
Apabila ditanya kenapa dia tak berikan namanya yang sebenar? Jawabnya, "Tuksu ni orang jahat... nanti malu anak-cucu," sambil melepaskan pandangan yang redup. Satu-satu wajah kami direnungnya penuh dengan seribu persoalan dalam benaknya. Dia berasakan seolah-olah negara ini belum merdeka sepenuhnya, dengan kebimbangan yang bersarang. Dia rasa yang Inggeris itu masih sedang mencarinya lagi.

Dia seorang Orang Besar Berempat Negeri Pahang. Itulah Abdul Rahman atau Bahaman. Pangkatnya, yang asalnya cuma seorang pegawai di istana sultan naik mendadak kerana terlibat dalam peperangan di negeri Pahang dan Selangor. Dia termasyhur kerana tenaga, kegagahannya dalam peperangan di samping sifat-sifat kepimpinannya. Oleh kerana jasanya itu sultan berikan dia gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan. Namun apabila Inggeris campurtangan, dia cuma diberikan elauns $70, tidak sama dengan Orang Besar Berempat, $100.

Struktur elauns; setahun
Sultan Ahmad $24,000
Tengku Mahamud $ 6,000
Tengku Ali $ 2,400
Raja Muda $ 2,400
Bendahara $1,800
Temenggong $ 11,200
Shahbandar $1,200
To'Raja $1,200
Tok Gajah $1,200
Orang Kaya Chenor $1,200
Orang Kaya Temerloh $1,200
Orang Kaya Haji Lipis $840
Orang Kaya Semantan $840

Beberapa aduan telah diterima yang mengatakan bahawa Orang Kaya ini telah bertindak mengutip cukai secara haram ke atas barangan dagang di Sungai Semantan. Namun para pedagang tidak berani bersuara. Sebelum itupun perselisihan pernah berlaku juga antara beliau dengan sultan. Hasilnya, beliau telah diberikan amaran.
Adakah ini Dato' Bahaman yang sebenar?

Apabila balai polis ditubuhkan di Lubok Terua, dalam daerah jagaannya, Orang Kaya ini telah mengugut majestret melalui sepucuk surat. Malah dia turut meminta agar Residen Selangor memasukkan daerahnya di Semantan itu ke dalam negeri Selangor.

Apabila hal tersebut dimaklumkan, sultan telah mengutuskan Dato' Maharaja Perba Jelai pergi ke Semantan untuk memujuk beliau datang ke Pulau Tawar. Dia enggan lalu menghilangkan diri masuk ke hutan terus ke Kelantan. "Dia mempunyai pengetahuan yang istimewa mengenai hal-hal dalam hutan hasil pengembaraannya di seluruh Pahang dan Selangor. Dia begitu arif dengan bahasa, adat-istiadat dan cerita-cerita orang asli dalam daerah tersebut."

Tidak berapa lama kemudian dia kembali ke Semantan lalu memungut cukai seperti biasa dilakukan. Dia telah menuntut pampasan dan gantirugi setiap tahun $6,000 kerana kerugian yang bakal ditanggungnya kesan kehadiran Inggeris itu. Jika tidak, dia akan menetang segala perintah.

Apabila Majlis Mesyuarat Negeri mengadakan persidangan, sultan telah bertindak menarik balik gelaran dan pangkatnya. Sebagai tindak-balas Dato' Bahaman mula mengancam pasukan polis yang kecil bilangannya itu di Lubuk Terua. Maka kekuatan tambahan dibuat menjadi 25 orang, di mana sarjannya diberi kuasa boleh menangkap Dato' Bahaman jika dia membuat kacau.

Kedatangan pasukan tambahan polis itu diiringi oleh Pemangku Pemungut Hasil Semantan dan merinyu Lombong. Ketika dalam perjalanan itu, 3 orang pengikut Dato' Bahaman telah ditangkap kerana mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran. Sedangkan pada waktu itu mereka sedang memancing. Pemungut Hasil itu mahu membicarakan mereka di Lubuk Terua, seolah-olah mahu menujukkan kuasa kerajaan, sedangkan sepatutnya perbicaraan itu diadakan di Temerloh sebagai ibu pejabat daerah.

Kesannya, Dato' Bahaman telah melancarkan serangan menyebabkan 3 orang pasukan bantuan cedera dan pasukan itu terpaksa berundur ke Temerloh. Dia turut menawan balai polis Lubok Terua serta gudang-gudang Syarikat Lombong Bentong dan Raub pada 21 Disember 1891.

Residen Rodgers yang pada waktu itu berada di Selangor segera kembali ke Pahang dengan pasukan polis. Dia turut diiringi Hugh Clifford di Raub. Mereka cuba menguatkan pasukan polis di sempadan daerah Semantan. Dalam pada itu usaha meredakan pemberontakan diserahkan kepada budi bicara sultan.

Maka sultan pun mendapatkan 200 pucuk senapang, 10,000 butir peluru bagi tujuan untuk menghadapi bekas Orang Kaya itu. Baginda, disertai oleh puteranya Tengku Ali bersama Orang-orang Besar baginda serta 1,000 orang Melayu masuk ke hutan di kawasan pemberontakan itu. Benteng dan segala kubu musuh dimusnahkan, tetapi Dato' Bahaman yang dijangka ada bersama dengan puak-puak orang asli di sebelah dalam negeri itu tidak ditemui.

Hasilnya, sultan mengeluarkan pengisytiharan tentang pengampunan penuh kepada mereka yang terlibat dalam pemberontakan. Syaratnya, mereka harus kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh sebulan. Maka Tengku Ali telah bertindak mentadbirkan daerah yang huru-hara itu.

Pada 9 Mac, 1892 Dato' Bahaman kembali dengan sebuah angkatan lalu menyerang dan menawan Lubok Terua. Namun ia tidak lama apabila terpaksa menghadapi pasukan Tengku Ali. Maka tawaran $2,000 dikeluarkan buat sesiapa yang berjaya menangkap Dato' Bahaman.

Kekacauan seterusnya bergolak di kawasan Penjom. Orang-orang kampung enggan membantu pihak berkuasa Inggeris dalam pembinaan sebatang jalan raya di situ. Arahan hendaklah datang daripada sultan atau Orang Kaya Lipis, bukan dari Inggeris. Pada masa yang sama Dato' Perba Jelai (Tok Raja) turut berminat kawasan Penjom itu kerana hasil emasnya. Dia mendakwa bahawa tanah yang diberikan sultan kepada Syarikat Lombong Penjom itu dibuat secara haram kerana ia terletak dalam kawasan beliau. Jika ia tidka dilayan, dia juga akan menyebelahi pihak pemberontak.

Ancaman seterusnya datang daripada Orang Besar yang lain, Tok Gajah - seorang anggota penasihat sultan yang menjadi Orang Kaya Jajahan Pulau Tawar; yang turut menguasai kawasan Budu. Pemberontakan pun berlaku, tetapi sultan bertindak mempertahankan Chenor manakala Panglima Muda Jempol melanggar daerah Pekan. Tok Gajah akan menyerang kawasan Tembeling sementara anaknya, Mat Kilau dari Budu dengan Tok Raja akan menyerang pasukan Clifford yang kecil itu di Kuala Lipis.
Adakah benar Mat Kilau?

Tuksu...
"Mat Kilau ni kecik-kecik orangnya," jelas Tuksu perlahan.
"Kalau dalam hutan dia la yang paling lincah. Larinya menyelinap macam kilat. Tau-tau saja dah hilang.
"Adui aih... hang ni lari macam kilat no Mat!" tegur Tuksu menceritakan bermulanya nama Mat Kilau.
"Err... lama-lama ia bertukar dari kilat jadi kilau - pasei menyelinap tu la kot!" jelas Tuksu serius.
"Dia yang paling suka kacau askar sepoi yang meronda di jalan...
bila dia rajin pi sergah nanti depa tu akan hambat dia - masuk utan.
Huhh... apa lagi kami semua dah sedia dok tunggu. Sembelih saja la sorang-sorang." 

Ia dilakukan apabila orang Inggeris, Harris dan Steward yang bekerja dengan Syarikat Penjelajah dan Kemajuan Pahang telah dibunuh atas perintah Panglima Muda Jempol yang berikrar, "... akan menghalau keluar orang Eropah dari negeri itu." Panlima Muda Jempol terus ke Pekan dan menawannya. Hasilnya, Rogers yang berada di Pulau Tawar segera bertolak ke Pekan dengan dibantu oleh kedatangan 2 buah kapal tentera laut dari Singapura. Maka bersama dengan Pemangku Raja mereka berusaha untuk menangkap Panglima Muda Jempol.

Pada masa yang sama, sultan telah diingatkan bahawa baginda akan bertanggungjawab jika tidak berusaha menamatkan kekacauan itu. Oleh itu pada 6 Mei sultan bersama Tok Gajah dan orang-orang mereka telah menyerang Dato' Bahaman di mana anaknya terbunuh, tetapi bekas Orang Kaya itu tidak ditemui. Kesannya, Tok Gajah enggan menyertai usaha memburu pemberontak.

Lt. Kolonel Walker tiba di Raub bersama satu pasukan polis. Dia bersama dengan Hugh Clifford telah bertolak ke Budu. Namun apabila Mat Kilau enggan berunding, Budu dibakar tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan diri lalu bergabung dengan pihak Dato' Bahaman di Cheka.

Pada bulan Ogos, sultan dikehendaki pindah semula ke Pekan apabila terdengar khabar angin bahawa baginda secara sulit ada membantu pejuang berkenaan. Tok Gajah juga turut menyertai golongan pejuang kerana mengikut anaknya, Mat Kilau dan Dato' Bahaman.

Pada pertengahan September, para pejuang itu telah melairkan diri ke Kelantan. Gabenor dan Maharaja Johor telah menemui sultan di Pekan di mana mereka berura-ura untuk memberikan pengampunan kepada pihak pejuang kecuali Dato' Bahaman dan Tok Gajah. Mereka berdua hanya dikehendaki menyerah diri di mana mereka tidak akan dibunuh; satu perbicaraan yang adil akan dilakukan!

Tok Raja Perba Jelai telah diserahkan tugas menjadi orang perantaraan. Ketika perundingan sedang berjalan - dengan pengaruh Engku Sayid Paloh, Terengganu - seorang alim yang banyak ilmu kebatinan dan tasasuf telah merobah keadaan. Dia telah menghubungi para pejuang pada Mei 1894 untuk membantu melalui ilmu-ilmu yang boleh membawa kejayaan hidup dunia-akhirat.

Tukku Paloh... ilmu kebatinan ditimba daripada beliau;
termasuk pengajian tentang mengenali Zat Wajib-al Wujud Allah swt.

Pada 12 Jun, para pejuang itu telah menyeberangi sempadan kedua-dua negeri lalu melanggar balai polis Kuala Tembeling. Hanya seorang anggota polis, Ram Singh yang berjaya menyelamatkan diri dengan 30 liang luka naik sampan menyampaikan berita ke Pulau Tawar. Sekali lagi Lt. Kolonel Walker dan Hugh Clifford bertolak ke sana dan dalam bulan Ogos, para pejuang telah lari melepaskan diri.

Nota:
Ram Singh ini ialah ayah kepada Karpal Singh, peguam dan Pengerusi DAP sekarang.

Kononnya, pada bulan November 1895, bekas Orang Kaya Dato Bahaman beserta 6 orang pengikutnya telah dipindahkan ke Bangkok apabila Inggeris meminta jasa baik pemerintah Siam untuk menangkap mereka. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau meninggal dunia di Terengganu. Ia menurut sejarah yang ditulis oleh pihak Inggeris.

Sebenarnya, pahlawan-pahlawan itu lari bertemu dengan Engku Sayid Paloh di Terengganu di samping mendalami ilmu agama. Mereka itu tinggal dalam penyamaran dan selepas menemui Tuk Janggut di Kelantan, Dato' Bahaman membawa dirinya ke Gerik. Kemudian dia bersembunyi di Batu Kurau, kemudian ke Port Weld secara menyamar melihat kekayaan hasil bijih timah di Larut.

Dia memulakan hidup barunya di sana dan mula mengembangkan ilmu jabat; cantuman ilmu mempertahankan diri beserta dengan ilmu kebatinan rangkuman ilmu tasauf dengan meletakkan diri dalam 'kota' Tuhan di atas kalimah Zat Wajib-al Wujud Allah swt melalui Lailahaillallah.


Peringatan:
Disesuaikan daripada "Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959" (DBP) oleh Joginder Singh Jessy


Versi Cerita Anak Pahang:  DATO' BAHAMAN

Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya, iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan
Semasa kejadian tersebut, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor.

Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.

Inikah Mat Kilau?

Beberapa kali saya cuba menarik perhatian Tuksu tentang lelaki ini yang tersiar gambarnya di merata-rata surat khabar tentang kemunculan pahlawan Melayu Mat Kilau. Namun Tuksu tak endahkan.
"Mat Kilau tu ada tanda itam di belakangnya," sahut Tuksu perlahan.
"Abih tu yang ni sape?" saya bertanya.
"Ermm... tak tau la," jawab Tuksu sambil melarikan pandangannya. "Kena ada orang yang pi tengok... hala ke pinggang dia."
Pada Disember, 1969 pihak umno begitu beria-ia mencari ikon kepahlawan Melayu kesan daripada peristiwa Mei, 13 - sekadar mengabui kesilapan mereka dalam mencetuskan peristiwa berkenaan apabila gagal membentuk kerajaan di Selangor dan Perak berikut pilihanraya sebelumnya. Jika benar mereka mencari ikon pahlawan negara, kenapa kemunculan Tuk Guru Peramu (kononnya Dato' Bahaman) itu disenyapkan? Demikian halnya dengan seorang lagi lelaki yang didogmakan sebagai Dato' Bahaman!
Selain daripada cerita kisah lama, anak murid tua Tuksu masih ada - dan terus mengamalkan ilmu jabat yang diturunkan oleh orang tua itu; di samping penjelasan tentang ilmu tasauf dan hakikat ketuhanan serta konsep mengenal diri. Ada 7 jenis jabat kesemuanya - jabat kebal dalam; jabat kebal besi tua; jabat kebal besi melintang; jabat kebal besi berhujung; jabat apung penimbul dan dua lagi jenis jabat yang sudah tidak diamalkan..

Kata Sultan Mansor, “Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.

Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sultan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam bersetuju mengeluarkan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.

Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.

Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu diceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berundur yang digunakan, iaitu;

1. Keluarga Dato’Bahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menora (Narathiwat).

Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepung keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepung oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepung. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.

Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepung. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepung itu terpukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman meminta seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Brang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawa ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.

Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan dibawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;

1. Pak Nik Ya (penghantar bunga mas).
2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.
3. TuanTabal.

Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genap tiga tahun, ketiga-tiga orang ini dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.

Tuksu...
Bukan seorang yang mudah menyerah, terutama kepada pihak yang tidak dikenalinya; usahkan musuh.
Selepas menghilangkan diri dari Pahang, lama dia berkampung di Terengganu bersama dengan Tukku Paloh dan Abdul Rahman Limbong. Dia mendalami ilmu agamanya di sana sehingga dia bisa menghuraikan tentang sifat Zat Wajib-al Wujud Allah, hakikat kejadian, hakikat ketuhanan, mengenal diri dsb.
Melalui ilmu yang dipelajari dia menjelaskan tentang erti kebal dalam istilahnya yang sebenar - iaitu menafikan khianat iblis laknatullah yang sentiasa mencari ruang untuk membinasakan anak-cucu Adam a.s. Apabila dapat menafikan kehendak iblis, orang memanggilnya 'kebal', sedangkan pada hakikatnya - itulah Rahim Allah swt akan hambaNya yang lebih rapat denganNya (sesuai dengan maksud surah Al-Hijr: 39 atau Shaad: 82).
Tuksu mengajarkan ilmu yang dapat meletakkan kita sebagai manusia berjiwa merdeka - tanpa rasa takut kepada sesiapa pun; takut yang hanya mutlak kepada Allah swt. Sekiranya masih takut kepada pisau atau pistol, senapang atau peluru meriam bermakna aqidah seseorang itu masih 'tergantung'. Kita masih syirik akan Dia. Maka dalam ilmu jabatnya itu terungkai segala-galanya akan hakikat 'kebal' yang dimaksudkan.
Tuksu juga bukan seorang yang boleh duduk diam. Dia asyik berkelana menjadi 'messenger'. Laluannya adalah dari Bentong mudik naik ke Kuala Brang, Gua Musang sebelum melintas ke Gerik  turun ke Pondok Tanjung/Batu Kurau terus ke Port Weld dan melalui laut dia ke Klang, kemudian mudik semula melalui Sungai Klang ke Gombak, Ketari dan seterusnya. Sebelumnya, dia turut berada di satu kawasan baru yang sedang pesat membangun hasil penemuan bijih; iaitu Larut. Dia turut memainkan peranan dalam pembinaan landasan keretapi pertama - Taiping ke Port Weld, 1882.


KOMEN

Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Dato' Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British). Beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walau bagaimanapun kumunculan Dato' Bahaman (Tuk Guru Peramu) tidak diiktiraf oleh kerajaan, khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang.... Lagipun "Tuk Guru Peramu" sendiri pun enggan mengaku bahawa beliaulah Dato' Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya terus lenyap begitu sahaja.
Tuk Guru Peramu yang sedang terlantar sakit. Benarkan dia Dato' Bahaman yang menyamar sebagai Tuk Guru Peramu? Tiada siapa pun yang benar-benar serius merongkai rasia di sebalik kemunculannya itu.

"Masa tu tukang buat jalan ni orang India. Depa juga yang buat landasan keretapi tu," sahut Tuksu mengingatkan kisah silamnya. "Depa tu kuat bising... bersembang; makan sirih, sat-sat ceritt... sat-sat ceritt... depa dok sembuq ayaq sirih."
"Nak buleh lima batang besi (landasan) tu depa pasang, huhh... siap la sekerat ari."
"Err... apa tuk buat?" saya bertanya penuh minat.
"Tuk elak depa semua, maih sini aku buat... cakap dalam bahasa Melayu je (bukan depa faham pun, katanya). Pelapik tu kayu... depa dah siap atur atas ban batu. Jadi, tuk angkat sorang-sorang letak rel atas kayu tu. Depa cuma pasang pengepitnya saja. Baru cepat skit."
"Abih tu takkan takde kepala?" saya bertanya hairan.
"Ada... Hindu juga. Dia tak berani kata apa... sebab tuk tolong bagi senang keje depa," sahut orang tua itu. "Cuma bila dengaq je omputih mai, tuk cepat-cepat laghi masuk utan. Senyap."

Tuk Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris, tetapi kemudian Tuk Gajah pula menjadi penentang yang hebat bersama Dato' Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut;

Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah di-bacha mereka di-tepi sungai Silan.

Maka sembah Dato’Gajah, Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman “Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji.  Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.



** Kisah Tuksu... leraikan Cina lombong - tocang berebut air; terlibat dlm perang saudara S'ngor; membunuh 6 org Jepun di Gerik; dan lari tinggal di laut Port Weld apabila Jepun memburunya. Di sana kerjanya merampas beras yg dibawa tongkang ke S'pore untuk dinaikkan ke darat - bg org Melayu makan.
Terakhir kejenya ke laut - terkena petikan udang pd mata; bengkak 4 bln. Pi hospital, doktor pun hairan sbb darahnya tidak dapat menerima darah baru - darahnya yg terlalu tua!
Konsep ajaran agama & jabat.
Tanda2 murid tua yg akan mati.

Penjelasan & Fatwa Ulama Ttg Tabligh

Istilah Tashkeel

a)  Penjelasan Mufti

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian, tetapi ia hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan.

Begitu juga, seseorang yang keluar ke jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam syari’ah, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu kehendak-kehendak asas dalam syari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke jalan Allah, maka lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut syari’ah..

Dan Allah Maha Mengetahui.

(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.



b)  Tulisan Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Persoalannya ada orang berkata:
Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di jalan Allah, apabila dilandasi niat yang benar dan untuk mengapai redha Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah saw bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya".

Sabda Rasulullah saw, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.”

Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah saw mengirimkan Mu'az r.a. ke Yaman secara bersendirian sahaja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah saw tidak mengirimkan Mu'az r.a. sendirian, tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a. bersamanya.

Baginda saw bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Baginda juga mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash r.a. Bersama mereka baginda saw mengirimkan rombongan yang besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara di antara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakana sebagai bida'ah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerihatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!

Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”

Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!?

Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk diri dan saudara-saudaranya yang dia dakwahkan. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh.

Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat dianggap sebagai penghalang manusia dari jalan Allah. Alhamdulillah.


Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah

* Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh"

Ulasan:  Tabligh memang tidak salah - ia bermaksud menyampaikan. Apa yang dipersoalkan ialah tentang hal-hal khurafat, tahyul dan dongeng yang terdapat dalam pembawaan gerakan tabligh seperti dalam tajuk "Kebatilan Jama'ah Tabligh" itu. Kemudian dalam hal pengisian ilmu juga tidak dititik-beratkan.

Mengenal Jama'ah Tabligh

Di Magetan tepatnya di Ponpes Al Fatah, Temboro Kecamatan Keras adalah tempat berkumpulnya jamaah tabligh. Kiyai pondok pesantren al fatah saat ini adalah KH Uzairon. Wapres Yusuf Kalla saat masih menjadi cawapres pernah mengunjungi ponpes ini pada 8 Agustus 2004 yang saat itu dihadiri 20,000 orang. Setelah pertemuan besar tersebut menurut penanggung jawab Istiqbal dan pelaksaan harian Ponpes Ustadz Mohammad Salim sebanyak 2,000 rombongan peserta jama’ah tabligh akan dikirim ke semua pelosok Indonesia mulai dari Papua, Maluku, Sulawesi, Kalimantan dan Sumatera.. Masing-masing rombongan terdiri atas 7 hingga 12 orang. Jamaah yang non politik ini juga pernah diterima Wapres pada awal Juli 2006 dengan dipimpin Cecep Firdaus. Pada 8 Agustus 2008 juga ada pertemuan Tabligh d Tangerang yang dihadiri dari luar negeri.
Pertemuan dengan Dr Yusuf Kalla

Di Jakarta, kegiatan dipusatkan di Kebon Jeruk yang persertanya juga datang dari dalam negeri seperti Jawa Barat, Jawa Timur dan daerah lain serta luar negeri dari India, Pakistan, Malaysia dan Thailand. Adapun Ahli Syura untuk Indonesia yang terdiri dari tujuh orang: H Ahmad Zulfaqar, H Cecep Firdaus, Muhammad Muslihuddin, Dr AA Noor, Syamsuddin Abdullah, Ir. Aminuddin Noor, dan M Sani Ilyas. Pemimpi JT Surabaya Amin mengaku pernah 7 kali keliling dunia (1995 ke Eropa, 1996 ke Australia, 1997 ke Afrika, dan ke beberapa negara di Asia).


Tentang Khuruj

Jama’ah tabligh atau khuruj atau karkun awalnya dilakukan selama tiga hari, tujuh hari, satu bulan, emat puluh hari dan empat bulan dengan melakukan da’wah ilallah, ta’lim wa ta’lum, dzikir wal ibadah, dan khidmat Asumsinya ialah, bahwa dalam waktu 30 hari bekerja mencari dunia, 3 hari bagi jamaah ini dikhususkan hanya untuk ALLAH sahaja, kadang juga 7 hari, kadang juga 40 hari dalam 1 tahun bahkan lebih.

Berdasarkan tempat berdakwah terbagi menjadi dua, yaitu intiqoli dan maqomi. Intiqoli yaitu dakwah keluar di tempat orang lain dengan masa tertentu. Orang di sekitar tempat tersebut diharapkan akan memberi bantuan untuk kerja dakwah sehingga terjalin kerjasama antara pendatang dengan orang setempat, ibarat jalinan sahabat muhajirin dan anshor di Madinah. Sedangkan maqomi adalah dakwah di tempatnya masing-masing. Setiap tabligi dianjurkan untuk meluangkan beberapa jam setiap harinya untuk bersilaturahmi dengan orang-orang di sekitar tempatnya masing-masing untuk mendakwahkan agama. Istilah lainnya membagi dakwah infirodi (dakwah individu) dan Ijtima’I (dakwah berjamaah). Pada malam ijtima’ diadakan bayan (majelis penerangan untuk menerangkan maksud serta tujuan dakwah dan tabligh) oleh petugas bayan (mubayin).

Kebatilan Jemaah Tabligh

Kritikan pemahaman Jemaah Tabligh dan kitab 'Tablighi Nishab'
Oleh: Abu Salma al-Atsari



SEJARAH RINGKAS

Jama’ah Tabligh didirikan oleh Syaikh Maulana Ilyas bin Syaikh Muhammad Ismail Al-Kandahlawi Al-Hanafi –Rahimahullah di kota Sahar Nufur, India. Beliau dilahirkan tahun 1303H di lingkungan keluarga yang mengikuti tariqat Al-Jitsytiyyah ash-Shufiyyah. Beliau orang yang hafidz dan menimba ilmu di Madrasah Diyuband setelah diba’iat oleh guru besar tariqat, Syaikh Rasyid Ahmad Al-Katskuhi.

Pusat perkembangan jama’ah tabligh adalah di India, tepatnya perkampungan Nidzammudin, Delhi. Mereka memiliki masjid sebagai pusat tabligh yang dikeliliingi oleh 4 kuburan para wali. Mereka terkesan sangat untuk mengagungkan masjid tersebut dan menganggapnya suci dengan adanya kuburan tersebut. Dakwah jama’ah tabligh menyebar hingga ke Pakistan, Bangladesh dan negara-negara asia timur dan menyebar hingga ke seluruh dunia. Tujuan dakwah mereka adalah membina ummat Islam dengan konsep khuruj/jaulah[1] yang lebih menekankan kepada aspek pembinaan suluk/akhlak, ibadah-ibadah tertentu seperti zikir, zuhud, dan sabar[2].

Nota kaki;
[1] keluar wilayah untuk berdakwah dengan jumlah waktu yang telah ditentukan seperti 4 bulan, 40 hari, seminggu, dsb.
[2] baca ‘Jama’ah Tabligh’ karya M. Aslam Al-Bakistani –  mantan tokoh Jama’ah tabligh yang ruju’/taubat dari manhaj tablighi.

Ijtima' tabligh sedunia, India

AQIDAH JAMA'AH TABLIGH

Jama’ah tabligh bermanhaj sufi dalam masalah aqidah. Tasawwuf sangatlah mendominasi anggota-anggota jama’ah di mana mereka cukup bersemangat dalam ibadah dan zikir, melatih diri dengan sedikit makan dan minum, tidur dan berbicara. Mereka juga mencurahkan perhatian besar terhadap mimpi dan takwilnya.

Aqidah mereka menurut pandangan ahlus sunnah wal jama’ah adalah rosak dan khatir, sesat dan menyesatkan. Aqidah jama’ah tabligh bercampur-baur dengan syirik, khurafat, bid’ah, wihdatul wujud dan hulul [3]. Mereka berkeyakinan akan adanya mukasyafah [4], wali-wali aqhtab [5], dan mereka membenarkan ucapan-ucapan syatahat [6]. Mereka juga menghidupkan dan mengajarkan bid’ah-bid’ah syirkiyyat seperti tabaruk [7], tawassul terhadap makhluk, terhadap kuburan-kuburan nabi serta wali, dan syirik-syirik yang nyata lainnya. Mereka juga menghidupkan bid’ah-bid’ah mawalid dengan membaca qashidah burdah yang penuh dengan syirik dan bid’ah.[8] itu.

Nota kaki;
[3] akan datang keterangannya mengenai kesesatan aqidah jama’ah tabligh ini.
[4] tersingkapnya tabir ghaib sehingga manusia dapat mengetahui yang ghaib dan ini merupakan aqidah shufi yang rusak
[5] keyakinan adanya wali-wali kutub yang memiliki kemampuan mempengaruhi kahidupan makhluk –ini termasuk kesyirikan yang nyata
[6] (ucapan-ucapan yang keluar dari orang-orang shufiyah ketika akal mereka hilang dan mereka menganggap mereka (orang-orang shufiyah ini, peny.) dalam maqam yang paling tinggi dan ucapannya hampir seperti wahyu –Wallahul musta’an)
[7] mencari berkah baik di kuburan ataupun di tempat-tempat yang dikeramatkan dan ini termasuk kesyirikan yang nyata
[8] Baca kitab mereka yang berjudul Bahjatul qulub karya Muhammad Iqbal, salah seorang tokoh jama’ah tabligh, buku ini penuh dengan keanehan-keanehan, kesyirikan dan kebid’ahan yang sesat lagi menyesatkan.

Himpunan tabligh sedunia di Nilai, Malaysia

KHURUJ: CARA DAKWAH YANG BID’AH

Mereka begitu mencintai corak dakwah yang dinamakan khuruj ini, bahkan seolah-olah khuruj ini termasuk dalam bahagian yang tidak terpisah dari syariat Islam yang murni dan suci ini. Mereka telah mengotori manhaj dakwah nabi dengan memasukkan apa-apa yang bukan datang darinya. Mereka begitu mengagung-agungkan cara ini, sehinggakan jika ada di antara jama’ah yang disuruh memilih antara khuruj dan haji, maka mereka lebih rela memilih dan menyatakan keutamaan khuruj; sambil berhelah menyatakan, jika kita berhaji maka pahal dan kebaikannya adalah untuk kita sendiri sahaja. Namun jika kita melaksanakan khuruj maka pahala dan kebaikannya selain untuk diri kita, ia juga untuk manusia lainnya.

Bahkan mereka lebih memuliakan khuruj jika hendak dibandingkan dengan jihad fi sabilillah, sebab menurut mereka khuruj itulah jihad fi sabilillah. Mereka berdalil tentang disyariatkan khuruj ini dengan mimpi pendiri jama’ah tabligh, yakni Maulana Ilyas Al-Kandahlawi, yang bermimpi tentang tafsir Al-Qur’an Surat Ali Imran 110 yang berbunyi;

 “Kuntum khoiru ummatin UKHRIJAT linnasi …” mereka menafsirkan kata 'ukhrijat' dengan makna keluar untuk mengadakan perjalanan (siahah).

Benarlah bahawa ia tafsiran yang batil menyalahi hampir seluruh kitab tafsir ulama’ salaf dan khalaf. Malah mereka pun ketika khuruj dan berdakwah kepada ummat tanpa disertai oleh ilmu dan bashirah (hujjah yang nyata dan jelas). Mereka mengajak kaum muslimin untuk menegakkan solat namun mereka tidak mahu membahas permasalahan solat secara mendalam beserta hujjah dan dalilnya. Mereka tidak tahu bagaimana sifat solat rasulullah yang benar itu? Mereka hanya mengajak untuk mencontohi Rasulullah, sedangkan mereka tidak mengetahui sunnah-sunnah dan hadits Rasulullah. Sebaliknya, mereka pun tidak peduli entah apa yang mereka gunakan itu hadits dhaif atau maudhu’. Apa yang penting bagi mereka ia tetap sebuah hadis! 

Mereka telah menetapkan sesuatu syariat yang seharusnya menjadi hak Allah dan rasul-Nya. Mereka mengkhususkan bilangan jumlah hari dalam dakwah (dibaca: khuruj) secara tertentu tanpa ada keterangannya dari Rasulullah. Mereka menentukan bilangan hari dalam khuruj dengan bilangan yang tidak ada dasarnya sama sekali dari sunnah. Mereka menentukan bilangan hari khuruj selama 6 bulan, 3 bulan, 40 hari, 20 hari, 7 hari lalu seminggu. Suatu pengkhususan yang tidak berasas dan mendasar ke dalam manhaj dakwah Rasulullah saw.

Mereka begitu terdorong dan bersemangat mengikuti hadits Rasulullah yang menyatakan: “Balligu ‘anni walau aayah…” (Sampaikan dariku walau satu ayat…). Namun mereka melupakan kata ‘annii (dariku, yakni dari Rasulullah), yang seharusnya mereka menyampaikan ayat yang telah benar-benar nyata dari baginda. Mereka juga lupa akan ayat Allah yang berbunyi : “Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajakmu kepada Allah atas bashiroh (hujjah yang nyata)”  -  surah Yusuf: 108.

Di mana mereka seharusnya menyeru kepada Islam di atas hujjah yang nyata!

Khuruj yang dilakukan jama’ah tabligh yang mereka tentukan jumlah hari yang pada hakikatnya tidak pernah menjadi amalan generasi para salaf dan khalaf. Apa yang menghairankan adalah mereka keluar untuk tabligh (menyampaikan Islam) namun mereka mengakui bahwa mereka tidak layak untuk tabligh dan bukan ahlinya pula.

Tabligh seharusnya dilakukan oleh orang-orang yang memiliki kemampuan ilmu yang mendasar seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda telah mengutuskan delegasinya yang terdiri dari para sahabat alim yang mengajarkan Islam kepada ummatnya. Baginda mengutuskan Ali bin Abi Thalib, Mu’adz bin Jabal, dan selainnya seorang diri, tidak pernah beliau mengutus serombongan sahabat lain untuk menyertai individu-individu utusan rasul tersebut.

Oleh sebab itu kami menasihati jama’ah tabligh untuk lebih memperdalami ilmu agama ini. Mengenai ucapan mereka dari kalangan Jama’ah Tabligh yang menyatakan; “Lihatlah para sahabat, mereka berasal dari Mekah, ada yang berasal dari Madinah. Namun kuburan-kuburan mereka tersebar, ada yang dikuburkan di negeri Bukhara, di negeri Samarkhand, dalam negeri Andalusia…” maka sungguh mereka salah meletakkan ucapan yang menqiaskan apa yang dilakukan oleh para sahabat itu sebagai khuruj ala tablighi. Namun adalah mereka, para sahabat –Ridhwanullah ‘alaihim ajma’in- mereka keluar adalah dalam rangka jihad fi sabilillah.


Anggota tabligh!

KEANEHAN KITAB TABLIGHI NISHAB/ FADHAILUL ‘AMAL

Sungguh, mereka benar-benar telah menjadikan 2 kitab tulisan tokoh mereka yakni Tablighi Nishab[9] yang ditulis oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawy dan Hayatus-Shahabah yang ditulis oleh Maulana Yusuf al-Kandahlawy, sebagaimana 2 kitab syaikhani[10]. Padahal 2 kitab yang mereka jadikan rujukan utama, yang sentiasa mereka baca di setiap waktu, yang mereka cintai, yang selalu mereka bawa ke mana-mana itu adalah kitab yang sesat lagi menyesatkan. Di dalamnya bercampur di antara hadits shahih dengan hadits dhaif, maudhu’, dan laa ashla lahu, yang di dalamnya terkumpul bid’ah, syirik, khurafat, dongeng, mitos, dan kesesatan lainnya[11].

Nota kaki;
[9] Atau dikenal dengan Fadhailul ‘amal. Nama fadhailul ‘amal ini diambil sebagai usaha pentalbisan dengan mengangkat kebolehan penggunaan hujjah hadits dhaif dalam fadhilah ‘amal (amalan fadhilah). Namun mereka melupakan syarat-syarat bolehnya hadits dhoif digunakan sebagai fadhilah amal, lebih jauh lagi kitab ini bukan hanya mengangkat hadits dhoif sahaja, tetapi juga segala yang maudhu’, hikayat, dan segala dongeng-dongeng palsu.
[10] iaitu Bukhari Muslim, wallahu a’lam.
[11] Akan menyusul contoh-contohnya dalam risalah ini.

Namun, begitu taqlidnya mereka, begitu husnudh-dhon sehingga mereka biarkan kesesatan itu tetap ada di dalam kitab. Malah mereka tidak redha dan tidak rela kitab mereka itu dibersihkan dari kesesatan ini. Mereka tetap mahukan kitab itu seperti apa yang ada padanya sebagaimana asal ditulis oleh penulisnya. Mereka tidak sedar bahawa penulis kedua-dua kitab itu bukan ma’sum, namun mereka tetap tidak mengindahkannya. Mungkin mereka menganggap seolah-olah penulis dua kitab itu bagaikan wali yang ma’sum. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka. Amin. 

Sungguh, telah banyak para ulama’ pencinta kebenaran yang membetulkan kitab-kitab semacam ini. Mereka telah berusaha membuang dan membersihkan agama dari kotoran, yang berusaha memelihara kemurnian agama ini, yang berusaha memerangi para ahli bid’ah dan kebid’ahannya. Namun, usaha mereka itu tidaklah mendapatkan tempat bagi orang-orang yang cinta akan kesesatan dan bid’ah.


Di antara kesesatan kitab itu adalah;

Tablighi Nishab mencampurkan hadits-hadits maudhu' dan dhoif

1. Dalam Fadha’iludz Dzikir, hal. 96

Diriwayatkan dari Umar, Rasulullah saw bersabda: “Manakala nabi Adam ‘alahi salam melakukan perbuatan dosa, ia mengetengadahkan kepala ke langit seraya berkata : ‘Ya Rabb, aku memohon kepada-Mu dengan keagungan Muhammad, ampunilah dosaku.’ Maka Allah menurunkan wahyu dari ‘arsy. Lalu Adam berkata: ‘Maha suci nama-Mu, tatkala Kau menciptaku, aku mengetengadahkan kepalaku ke arah arsy, ternyata tertulis padanya, Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah. Maka aku mengetahui bahwa tak seorangpun yang lebih mulia martabatnya di sisi-Mu daripada orang yang telah engkau jadikan beriringan dengan nama-Mu.’ Lalu Allah berfirman kepada Adam: "Wahai Adam, sesunggunya Muhammad itu nabi terakhir dan termasuk anak cucumu, seandainya Muhammad tidak diciptakan maka Aku tidak menciptamu.” (Tablighi Nishab, bab Fadhailudz Dzikir, hal 96.)

Keterangan: Hadits di atas adalah hadits maudhu’ dalam Al-Maudhu’at Al-Kabir. Perawi-perawi dalam hadits di atas majhul (tidak dikenali).

2. Dalam Fadha’iludz Dzikir, hal. 109-110

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, bersabda Rasulullah: ‘Barangsiapa menziarahi kuburanku, maka wajib atasnya syafatku.’ (Tablighi Nishab, Bab Fadha’iludz Dzikir, hal. 109-110)

Keterangan: Hadits di atas hadits maudhu’, lihat Dhaiful Jami’ no 5618.

3. Dalam Fadha’ilul Haj, hal. 101

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang menziarahiku setelah wafat maka ia laksana menziarahiku sewaktu aku hidup.” Berkata penulis: Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Daruquthni dan Baihaqi. Baihaqi menyatakan Hadits ini dhaif dalam Al Ittihaf. Berdasarkan riwayat Imam Baihaqi dalam Al-Misyqat disebutkan, “Siapa yang melakukan haji dan menziarahi kuburanku, maka ia seperti menziarahiku sewaktu aku hidup.” Berkata penulis: Al-Muwaffiq dalam Al-Mughni menjadikan hadits ini sebagai dalil terhadap keutamaan ziarah ke makam nabi. (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilul Haj, hal 101)

Keterangan: Hadits di atas maudhu’ dalam Dha’iful Jami’ no 5563

Inilah sekelumit di antara kandungan hadits-hadits maudhu’ dalam Tablighi Nishab, yang masih sangat banyak lagi di dalamnya yang harus dibersihkan dan dibuang jauh-jauh. Rasulullah saw bersabda dalam haditsnya yang mutawattir: “Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja maka persiapkan duduknya di atas neraka”, termasuk berdusta atas nama nabi yakni menyampaikan kepada ummat apa-apa yang bukan dari beliau namun disandarkan terhadap beliau. Ia termasuk menyampaikan atau menggunakan hadits maudhu’, dan telah sepakat ummat ini bahwa hadits maudhu’ tidak dapat dijadikan hujjah atau dalil.


Tablighi Nishab berisi khurafat, hikayat dan dongeng

Muhammad Zakaria al-Kandahlawy – semoga Allah mengampuninya- di dalam bukunya Tablighi Nishab telah merangkumkan khurafat, bid’ah, mitos dan hikayat-hikayat yang memekakkan telinga dan jauh dari khudrat dan tidak bisa dibenarkan oleh akal yang sehat. Rujukan yang dipegangnya tidak dapat dipercayai dan dia menukil dari pengarang yang tidak mendapatkan legitimasi para ulama’.

Di antara kisah-kisah tersebut adalah;

1. Dalam Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat ke-13 Dinukil dari As-Suyuthi dalam kitab Al-Hawi bahawa Sa’id Ahmad Ar-Rifa’I berziarah ke makam Nabi setelah haji pada tahun 555H. Dia melagukan dua bait syair sebagai berikut;

Dalam hal yang jauh, ruhku kulepaskan….
Bumi menerima dariku, kerana ia wakilku…
Inilah kerajaan khayalan yang aku hadiri…
Maka ulurkan tangan kananmu agar terengkuh oleh bibirku…

Lalu tangan Nabi saw yang diberkati itu keluar dari makamnya yang mulia dan Ar-Rifa’i pun mencium tangan baginda.

Penulisnya menambahkan dalam kitab Al-Bunyan Al-Masyid, “...ada 90 ribu orang yang menyaksikan hal itu. Mereka adalah peziarah makam Nabi. Di antara peziarah itu adalah Syaikh Abdul Qodir al-Jailani.” (Tablighi Anishab, bab Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat 13)

2. Dalam Fadha’ilul Haj, hal 133

Syaikh Abu Khair Al-Aqtha’ berkata, “Aku merasa lapar kerana selama 5 hari aku belum makan. Lalu aku berziarah dan ketiduran setelah aku membaca salawat kepada Nabi di sisi makamnya. Aku bermimpi Nabi saw datang bersama Syaikhani dan Ali r.a. Kemudian baginda memberi aku sepotong roti. Aku makan roti itu setengahnya, ketika aku terbangun, aku melihat setengah roti sisanya masih ada di tanganku.” (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilul Haj, hal 133)

3. Dalam Fadahilul hajj, hal 141

Syaikh Syamsuddin, ketua Khadamul haram An-Nabawi berkata: “Satu jama’ah dari Aleppo menyuap gabenor Madinnah agar mereka diizinkan membongkar makam Syaikhani dan mengambil jasad keduanya. Maka ketika itu datanglah 40 orang lelaki membawa cangkul pada malam harinya. Keempat puluh orang itu iba-tiba saja hilang ditelan bumi. Setelah itu gabenor Madinah berkata, ‘Janganlah kau sebarkan hal ini, atau aku akan memenggal kepalamu.” (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilul Haj, hal 141)

4. Dalam Fadha’ilul Haj, hal 87)

Syaikh Zakaria berkata, “Dinukil dari beberapa syaikh, bahawa seorang syaikh yang tinggal di negeri Khurasan lebih dekat ke Ka’bah kerana dia selalu bersentuhan dengan Ka’bah jika dibandingkan dengan orang-orang yang selalu bertawaf di Ka’bah. Bahkan terkadang Ka’bah itu datang mengunjunginya.” (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilul Haj, hal 87)

5. Dalam Fadhailush Shadaqah, hal. 588.

Ada dikisahkan: Syaikh Zakaria mengerjakan solat sebanyak 1000 raka’at dengan berdiri. Apabila dia merasa lelah, maka dia sholat dengan duduk sebanyak 1000 raka’at. (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilush Shadaqah, hal 588)

6. Dalam Fadha’ilul Qur’an, hal. 15.

Ada diceritakan bahawa: Ibnu Katib mengkhatamkan Al-Qur’an setiap hari sebanyak 8 kali.

7. Dalam Fadhailul Haj, hal. 218.

Ada diceritakan bahawa: Nabi Khidr mengerjakan solat subuh di Mekah dan duduk di rukun syami sampai terbit matahari, kemudian solat zuhur di Madinah, solat asar di Baitul Maqdis dan solat Maghrib dan Isya’ di Al-Iskandari.

8. Dalam Fadha’ilush Shadaqah hal. 588.

Ada diceritakan bahawa: Abu Muhammad Al Jurairi melaksanaknan I’tikaf di Mekah selama setahun penuh, tidak tidur tidak pula bersandar di dinding atau tiang.

9. Dalam Fadhailul Hajj, hal 135

Seseorang bertanya kepada Nabi Khidir, “Apakah kamu melihat seseorang yang lebih mulia daripada dirimu?” Maka menjawab Nabi Khidir, “Pada suatu ketika aku berada di dalam masjid Muhammad (di Madinah). Pada waktu itu Imam Abdurrazaq sedang mengajari jama’ah tentang hadits Nabi, maka aku melihat seorang pemuda duduk sendiri di pojok masjid sambil meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya. Aku bertanya padanya, ‘Mengapa kau tidak mengikuti majlis Abdurrazaq dan mendengarkan hadits-hadits Nabawi’. Dia menjawab, ‘Di sana jama’ah mendengarkan pengajian dari Abdurrarzaq, namun di sini ada seorang sendirian mendengarkan pelajaran Abdurrazaq tanpa ada orang lain.’ Kemudian Nabi Khidr berkata, ‘Jika benar demikian maka katakanlah siapakah aku ini?’ Dia menjawab ‘Kamu adalah nabi Khidr’. Nabi Khidr berkata. ‘...dengan demikian aku mengetahui bahawa ada sebahagian wali Allah yang tidak aku ketahui disebabkan ketinggian darjatnya.” (Tablighi Nishab, bab Fadha’ilul Hajj, hal 135)

Banyak lagi hikayat lainnya di samping dongeng di atas, yang berselerak di dalamnya mitos, kebatilan, khurafat dan bid’ah. Apakah gerangan yang diinginkan oleh pengarang buku tersebut dengan memuatkan segala malapetaka itu? Bagaimana mungkin Jama’ah Tabligh menerima sesuatu yang rasanya pahit ini? Bagaimanakah sikap ulama’ mereka terhadap bahaya sufistik ini?

Apakah ada yang bisa menjawab? Hanya Allah lah tempat mengadu!

Kenyataan ulama-ulama sunnah tentang Jama'ah Tabligh

Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddits Muhammad Nashrudin Al-Albani –Rahimahullah- dalam fatwa Al-Imarotiyah hal. 30 ketika ditanya tentang jama’ah tabligh, beliau memberikan jawaban:

“Dakwah Jama’ah Tabligh adalah sufi masa kini (shufiyyah ashriyyah) yang tidak berpijak kepada kitabullah dan sunnah Rasul-Nya…”

• Fatwa terakhir Samahatusy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim ‘alu Syaikh –Rahimahullah- :

“Saya jelaskan bahwa jam’iyyah ini (jama’ah tabligh, peny.) adalah jam’iyah yang tidak ada kebaikan padanya. Sebab itu jam’iyah ini adalah bid’ah lagi sesat menyesatkan.” (fatwa Syaikh Ibrahim, hal. 405 tanggal 29/1/82 H)

• Fatwa terakhir Al-Allamah Samahatusy-Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baaz –Rahimahullah-,

Ketika beliau ditanya mengenai jama’ah tabligh, lalumenjawab: “…Jama’ah Tabligh dari India yang sudah dikenal ini terdapat khurafat, bid’ah dan syirik pada mereka…” (fatwa terakhir Syaikh bin Bazz dikutip dari kaset Ta’qib Samahatusy-Syaikh Abdul Aziz bin Bazz ‘ala Nadwah.)

• Syaikh Hammud bin Abdullah At-Tuwaijiri –Rahimahullah- ketika ditanya tentang jama’ah tabligh, beliau menjawab secara terperinci dalam Al-Qoul Al-Baligh fi ar-Roddi ‘ala jama’atit tabligh yang intinya adalah:

“Saya katakan bahawa jama’ah tabligh itu kelompok yang sesat lagi bid’ah. Mereka tidaklah mengikuti jalan yang telah ditempuh Rasulullah dan sahabatnya, juga para tabi’in. Akan tetapi mereka mengikuti cara sufiyyah yang bid’ah…”

• Syaikh Ali Hasan ketika ditanya mengenai kebaikan jama’ah tabligh kerana banyaknya pemuda yang masuk Islam melalui dakwah mereka, dia menjawab:

“Perkataan itu benar namun kurang! Benar jama’ah tabligh menda’wahi banyak manusia dimana menghasilkan orang yang dahulunya berandalan sekarang bertaubat, tetapi sebagaimana pendapat ulama’, bahwasanya hidayah itu ada dua, yakni hidayah ‘ila thariq (ke jalan) dan hidayah fi thariq (di jalan). Ya... memang jama’ah tabligh ini mendakwahi manusia ‘ila thariq, tapi mereka tidak berdakwah fi thariq. Bagaimana tidak, aqidah mereka saja hancur! Mereka mengatakan dalam kitab mereka yang masyhur Tablighi Nishab yang penuh dengan khurafat serta penyimpangan-penyimpangan…” (kaset muhadharah Syaikh Ali berjudul Manhaj as-Salaf).

• Fatwa Lajnah Al-fatawa fi idaratil Buhuts al-ilmiyyah wal ifta’ wad da’wah wal irsyad, menyatakan: “Jama’ah Tabligh sangat berlebihan dalam hal-hal negatif dan generalisasi terhadap suatu masalah. Jama’ah tabligh tidak jelas mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam berdakwah sampai dengan perincian prinsip-prinsip syariat Islam dan cabang-cabang hukumnya…” (dinukil oleh Ust. Falih Nafi’ dalam kitabnya Ad-Diinun-Nashiihah hal 17-1

Nasihat bagi Jama'ah Tabligh

Kami ingin menasihatkan jama’ah tabligh dan orang-orang yang bersimpati pada dakwah mereka, termasuk orang-orang yang mengabaikan ukhuwwah dan tidak menegakkan asas saling menasihati dengan membiarkan kebatilan dan kesalahan seperti ini dipendam dengan tujuan menjaga ukhuwwah dan supaya ummat tidak terpecah belah, agar:

i). Bertaqwa kepada Allah, takut akan siksa-Nya dan adzab-Nya. Menjauhi apa-apa yang dilarang-Nya dan meninggalkan segala hal yang mengakibatkan murka-Nya.

ii). Bertaubat kepada Allah akan kesalahan-kesalahan kita, berjanji tidak akan mengulanginya, dan meninggalkan segala pemahaman-pemahaman sesat dan salah yang selama ini kita pegang.

iii). Menuntut ilmu agama yang syar’i selaras dengan pemahaman salaf ash-sholih, mengamalkannya, mendakwahkannya dan sabar dalam memeliharanya.

iv). Sentiasa menegakkan asas nasihat-menasihati dan tolong menolong dalam kebenaran dan ketaqwaan.

.

Keputusan Majlis Keselamatan PBB

Majlis Keselamatan PBB telah mengambil tindakan terhadap tindakan kekerasan regim Muammar Gaddafi dalam menekan bantahan penunjuk perasaan di negara berkenaan.
Duta Amerika syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Susan Rice berkata, "Apabila kekejaman dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah, masyarakat antarabangsa hendaklah bertindak dengan satu suara - dan malam ini ia terbukti."
 
Harta milik Gaddafi, anaknya Saif al-Islam dan empat orang lagi anggota keluarga turut dibekukan.

Majlis Keselamatan secara sebulat suara telah memutuskan sekatan penghantaran senjata dan siasatan dibuat terhadap pertumpahan darah yang berlaku dengan merujuk pemerintah Libya itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Mereka yang dikenakan tindakan larangan perjalanan adalah ketua pejabat perhubungan Dr Abdulqader Mohammed al-Baghdadi, ketua pengawal peribadi Gaddafi, Abdulqader Yusef Dibri, ketua agensi inteligens luar, Abu Zayd Umar Dorda, menteri pertahanan - Major General Abu Bakr Yunis Jabir, setiausaha kemudahan awam - Matuq Mohammed Matuq, Sayyid Mohammed Qadhaf Al-dam (hit squad chief), anak perempuan Gaddafi - Aisha, anak-anaknya - Hannibal Muammar, Khamis Muammar, Mohammed Muammar, Mutassim, Saadi, Saif al-Arab dan Saif al-Islam. Ia termasuk juga pengarah inteligens tentera - Col Abdullah al-Senussi - dan Gaddafi sendiri.
Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, 24 Februari '11

Sementara itu bekas menteri kehakiman Libya, Mustafa Mohamed Abdel-Jalil telah membentuk sebuah kerajaan peralihan di timur Bandaraya Benghazi pada hari Sabtu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan anti-kerajaan yang disokong oleh tentera yang berpaling tadah yang mengawal bandar berhampiran dengan Tripoli bersedia pada hari Ahad bagi menghadapi tentera yang masih setia kepada Gaddafi yang mengepung bandar Zawiya.

Menurut laporan berita dari mereka yang tiba ke Zawiya, 30 batu di barat Tripoli mengesahkan bahawa pemberontak anti-kerajaan sedang menguasai bahagian tengah bandar yang punya 200,000 penduduk itu. Mereka turut memiliki kereta kebal dan pelancar roket anti-kapal terbang yang diletakkan di atas trak pikup. Sementara itu di luarnya, mereka dikepung oleh tentera yang pro-Gaddafi, juga turut mempunyai kereta kebal dan roket anti-kereta kebal.

Kedegilan Dunia Arab Bermula di Tunisia

Tunisia telah menghantar mesejnya kepada dunia Arab - bahawa pemimpin mereka sudah tidak kebal lagi


Kereta kebal Libya yang ditinggalkan

Di bandar-bandar seluruh negara Arab mula mendapat kekuatan selepas kebangkitan di Tunisia. Kebangkitan itu telah berjaya menjatuhkan presiden Zine El Abidine Ben Ali di samping telah melenyapkan ketakutan, tertegak kembali kekuatan yang telah mengembalikan harapan dan kemampuan menuntut keadilan sosial dan menamatkan kekejaman.

Ia merupakan satu amaran kepada semua pemimpin, sama ada mereka disokong oleh kuasa luar atau dari daerah berdekatan, mereka sudah tidak kebal untuk menghalang kemarahan rakyat. Adalah benar, pemergian Ben Ali dari negara itu merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang sukar terhadap kebebasan. Pencapaian rakyat Tunisia itu masih terikat dan dirampas oleh elit pemerintah, yang masih bergantung kepada kuasa yang ada.

Walau apa pun intifada rakyat Tunisia itu telah meletakkan dunia Arab di persimpangan. Jika ia berjaya membawa perubahan sebenar bererti ia bakal membuka pintu yang luas kepada kebebasan dunia Arab seluruhnya. Jika aralnya tidak sampai kita bakal menyaksikan penindasan lama oleh pemerintah yang cuba bertahan dengan cengkaman kekuasaaan yang masih di tangan.

Walau apapun, sistem yang menyatukan agihan kekayaan yang tidak adil dengan penafian kebebasan telah runtuh sebenarnya.

Satu contoh kekejaman
2 jet MIG-29 Libya yang lari ke Malta
 
Rakyat Tunisia mungkin satu contoh yang melampau, tetapi semua regim Arab cuma ada sedikit perbezaan dalam model yang sama; yang secara taat membuta hanya menurut arahan Barat dalam kesederhanaan ekonomi sementara bergelut dengan hak asasi dan kebebasan awam.

Sejak lama Barat memang tertarik dengan sistem Tunisia, mengkagumi sekularisme dan polisi ekonomi liberal mereka dalam pencarian pasaran terbuka dunia dan memaksimumkan keuntungan dengan menidakkan hak asasi dan mengawal media - dua bidang yang Ben Ali berjaya sepenuhnya.

Namun rakyat Tunisia di bawah Ben Ali, bukan contoh sekularisme, tetapi model kekejaman yang memalukan. Ia meletakkan sekularisme menjadi satu ideologi yang menggerunkan - bukan setakat dalam menghadapi Islam, tetapi dalam usaha melenyapkan semangat penentangan - Islam, sekular, liberal malah sosialis sekalipun.

Sebagai mengambil contoh negara-negara yang berjaya dalam model ekonomi seperti Chile di bawah diktator Augustino Pinochet, Barat khasnya Amerika dan Perancis mendokong regim Ben Ali dalam mengekalkan kestabilan di atas demokrasi.

Namun walaupun kerajaan sedemikian memegang kuasa terlalu lama, dengan sokongan Barat alat keselamatan yang menekan rakyat dengan kekebalan; ia sekadar menunggu masa sebelum menempuh saat akhir yang memalukan. Barat, khasnya Amerika sentiasa membendung rakan sekutu - satu contoh bagaimana Amerika mengenepikan Shah Mohammad Reza Pahlavi, bekas Shah Iran apabila kemarahan ramai menggugat kestabilan negara.

Feri yang mengangkut keluar rakyat Amerika berlabuh di Malta

Dunia Arab yang sedia mendengar!

Rakyat Tunisia telah menunjukkan jalannya, jadi orang Arab lain pun sedia mendengarkan. Protes di Tunisia telah mendorong demonstrasi aman di Jordan, di mana rakyat membantah akan keadaan inflasi dan usaha kerajaan menafikan hak politik dan kebebasan akhbar sehingga menuntut Samir al-Rifai, Perdana Menterinya disingkirkan.

Kerajaan nampak prihatin dengan pembangunan yang lembab, mencari jalan menyabarkan kebangkitan, sedangkan kenaikan harga barang makanan melonjak, dan rakyat Jordan dijangka akan meneruskan demonstrasi mereka dalam minggu-minggu mendatang.

Kerajaan patut belajar daripada keadaan di Tunisia di mana pasukan keselamatan bukan lagi cara untuk menyelesaikan masalah dan menjamin kerelaan penduduknya.

Di Mesir, penetangan Gerakan Perubahan nampak terkesan daripada apa yang berlaku di Tunisia. Dan di ibu kota negara-negara Arab - dari Sana'a ke Kaherah rakyat menghantar mesej kepada kerajaan masing-masing, di samping menyatakan sokongan terhadap rakyat Tunisia dengan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Tunisia.

Arab di segenap peringkat, bukan setakat menyatakan sokongan tetapi menggerakkan keadaan yang sama di negara mereka. Malah di rangkaian facebook mereka menukar gambar profil dengan imej bendera Tunisia, meletakkan diri mereka dalam warna revolusi.

Libya ikut terkesan, membawa kebangkitan

Ketakutan dan Sorak-sorai

Kegagalan sebuah pasukan keselamatan dunia Arab paling menekan kuasa rakyat telah membangkitkan sorak-sorai. Para blogger telah membandingkan keadaan tersebut seperti tumbangnya tembok Berlin dengan mendakwa bahawa orang Arab akan punya suara dalam menentukan masa depan mereka.

Mohamed Bouazizi, seorang pemuda Tunisia yang membakar dirinya kerana memprotes pengangguran dan kemiskinan, telah menjadi simbol pengorbanan bagi menuntut kebebasan. Para aktivis di seluruh rantau berkenaan telah menyeru Arab yang sejiwa dengan kebangkitan Tunisia itu mengambilnya sebagai model dalam menentukan kuasa rakyat dalam aspirasi kepada keadilan sosial, melenyapkan rasuah dan meningkatkan demokrasi.

Namun kebangkitan yang dirayakan itu masih terikat dengan ketidak-tentuan yang masih menyelubung. Mereka berhati-hati di mana keadaan di Tunis masih belum jelas dan ketakutan terhadap rampasan kuasa, di mana kuat kuasa keselamatan dikenakan, tetapi menekan aspirasi ramai.

Sama ada kebangkitan rakyat Tunisia itu akan berjaya membawa kepada perubahan drastik atau sebahagiannya terbantut masih belum dapat dilihat dengan jelas. Namun ia telah berjaya menarik dunia Arab untuk bangkit menentang regim yang membawa dogma Barat yang hanya memperbodohkan rakyat dan menyelamatkan kuasa untuk lebih lama.

Sejarah telah menunjukkan bahawa pasukan keselamatan boleh menutup mulut rakyat, tetapi mereka tidak mampu memadamkan api yang membara di dalam sekam.

Mid-East Turmoil

Turmoil in the Arab Countries

The world’s attention has been focused on a handful of countries - Tunisia, Egypt, Bahrain and Libya - since the first popular protests broke out in Tunisia in December. But nearly a dozen countries in the region have seen political unrest, and the protest movement shows no signs of stopping.

Below is a summary of the demonstrations so far, and links to our coverage. You can also click a country on the map above for more information.


Tunisia


Protesters in Tunisia ousted Zine El Abidine Ben Ali, their president for more than 23 years, after nearly a month of protests.

The protests started when a street vendor, Mohamed Bouazizi, set himself on fire after his cart was confiscated by police. His anger - over unemployment, poverty and corruption - resonated in Tunisia, and led to weeks of street protests against Ben Ali’s autocratic government. Security forces cracked down brutally on many of the protests, with more than 200 people killed. But the rallies continued, and Ben Ali eventually fled the country for exile in Saudi Arabia.

His departure on January 14 has not stopped the protest movement, though: Many Tunisians continue to demand the ouster of Mohamed Ghannouchi, the prime minister, and fellow members of the Constitutional Democratic Rally (Ben Ali’s party) who remain in power.


Egypt

After Ben Ali, Egyptian president Hosni Mubarak was the second Arab autocrat to resign, his nearly 30-year rule brought to an end by 18 days of protests.
The revolt began on January 25, when tens of thousands of protesters marched against Mubarak’s government. A “day of rage” on January 28 drew even larger crowds in downtown Cairo, where they were attacked brutally by Egyptian security forces. They stood their ground, though, and the police eventually withdrew, ceding control of Tahrir Square to the protesters.

That led to a two-week standoff between the protesters and the government, with the former occupying Tahrir Square and fending off a sustained assault from government-sponsored thugs. Mubarak was at first defiant, pledging reforms - he sacked his cabinet and appointed a vice president, longtime intelligence chief Omar Suleiman - but vowing to remain in office. In a televised address on February 10, he promised to finish his term.

Behind the scenes, though, Mubarak had clearly lost the support of the military, and Suleiman announced his departure in a brief statement less than 24 hours later.

Egyptians have continued to stage rallies, though, with hundreds of thousands demanding that the new military government pursue real democratic reforms.


Libya

All by the youngsters

Longtime autocrat Muammar Gaddafi has reportedly lost control of eastern Libya, and his army, supported by foreign mercenaries, is waging a savage war against civilians.

Small protests in January led to larger rallies in mid-February, mostly in the east - in Benghazi, Libya’s second city, and other towns like Al-Bayda. The protests continued to grow over the next few days, with thousands of people in the streets on February 17 and 18 - and dozens dead, many killed by snipers.

Less than a week later, Benghazi was reportedly in the hands of the protesters, and demonstrations had spread to the capital Tripoli. Eyewitnesses reported Libyan military jets bombing civilians, and gangs of mercenaries roaming the streets, firing indiscriminately.

Gaddafi’s 42-year rule, the longest in the Arab world, has been sustained by widespread political repression and human rights abuses. Protesters are also angry about his economic mismanagement: Libya has vast oil wealth - more than half of its GDP comes from oil - but that money has not filtered down. Unemployment is high, particularly among the country’s youth, which accounts for more than one-third of the population.


Algeria


The Algerian government has so far kept a lid on protests, most of which have been centered in the capital, Algiers.

Demonstrators staged several scattered rallies in January, mostly over unemployment and inflation. They planned a major rally in the capital on February 12, when a crowd - estimates of its size vary between 2,000 and 10,000 - faced off with nearly 30,000 riot police who sealed off the city. Dozens of people were arrested, but the rally remained peaceful; demonstrators chanetd slogans like “Bouteflika out,” referring to president Abdelaziz Bouteflika, Algeria’s ruler for the last 12 years.

A second rally, on February 19, attracted a smaller crowd - in the hundreds - which was again outnumbered by riot police. The government also suspended train service and set up roadblocks outside the capital. Several people were arrested.

Bouteflika has tried to head off further protests by promising to lift the country’s decades-old emergency law.


Bahrain

Anti-government protests have continued for a week, and show no sign of stopping. The demonstrations began on February 14, when thousands converged on Pearl Roundabout to protest against the government; they were later dispersed by security forces who used deadly force.

In the following days, funeral marches and other rallies also came under fire by police; they have since been withdrawn, and the army has allowed peaceful rallies to continue in the roundabout.

Protesters started out calling for economic and political reform, but many demonstrators are now calling for the ouster of King Hamad bin Isa Al Khalifa.

The protest movement largely draws from Bahrain’s Shia population, a majority group that often complains of oppression from the country’s Sunni rulers. They argue that the king’s economic policies favor the Sunni minority. Khalifa tried to defuse tensions by giving each Bahraini family a gift of 1,000 dinars (US $2,650), but the move won him little support.


Morocco


The first significant protests in Morocco broke out on February 20, when tens of thousands of people (37,000, according to the country’s interior minister) took to the streets. They were organised by a loose coalition of human rights groups, journalists and labor unions.

Demonstrators demanded not the ouster of King Mohammed VI, but instead a series of more modest reforms. They want the king to give up some of his powers - right now, he can dismiss parliament and impose a state of emergency - and to dismiss his current cabinet. “The king should reign, not rule,” read one banner held by protesters.

The rallies were peaceful, though acts of vandalism did happen afterwards: Dozens of banks were burned down, along with more than 50 other buildings. (The culprits are unknown.)

Mohammed has promised “irreversible” political reforms, though he has yet to offer any specifics.


Jordan

Protests in Jordan started in mid-January, when thousands of demonstrators staged rallies in Amman and six other cities. Their grievances were mostly economic: Food prices continue to rise, as does the country’s double-digit inflation rate.

Jordan’s King Abdullah tried to defuse the protests earlier this month by sacking his entire cabinet. The new prime minister, Marouf Bakhit, promised “real economic and political reforms.”
But the firing - Abdullah’s perennial response to domestic unrest - did little to dampen the protests. Thousands of people took to the streets once again on February 18 to demand constitutional reforms and lower food prices. At least eight people were injured during that rally.


Yemen


Rallies in Yemen have continued for nearly two weeks, with the bulk of the protesters concentrated in Sana’a, the capital; the southern city of Aden; and Taiz, in the east. Their grievances are numerous: As much as one-third of the country is unemployed, and the public blames government corruption for squandering billions in oil wealth.

Yemeni president Ali Abdullah Saleh conceded little during a news conference in the Yemeni capital on Monday. He promised reforms, but warned against what he called “coups and seizing power through anarchy and killing.” He also offered a dialogue with opposition parties, an offer that was quickly rejected.

He has also likened the protests to a “virus” sweeping the country. His security forces have responded to the rallies with deadly force, particularly in Aden, where at least ten people have been killed.


Iraq

Thousands of people have rallied in the northern province of Sulaymaniyah during four days of protests over corruption and the economy. At least five people have been killed, and dozens more injured, by Kurdish security forces who opened fire on the crowds.

Several other small protests have popped up across the country in recent days: Nearly 1,000 people in Basra demanded electricity and other services; 300 people in Fallujah demanded that the governor be sacked; dozens in Nassiriyah complained about unemployment.

Iraqi protesters, unlike their counterparts in many other countries, are not (yet) calling for the government’s ouster. Instead, they’re demanding better basic services: electricity, food, and an effort to stamp out corruption.

In response to the unrest, the Iraqi parliament adjourned for a week, its members instructed to travel home and meet with constituents - an odd response, perhaps, given that the government’s inaction is a leading cause of popular anger.


Iran

Opposition movements in Iran have tried to stage several protests in recent days, and the movement’s two unofficial leaders - Mir Hossein Mousavi and Mehdi Karroubi - remain under house arrest.

The first round of protests, on February 14, drew people to the streets for the first time in months. At least two people were killed, and several others wounded, according to Iranian officials.

Tens of thousands of people then tried to rally on Sunday, but were met by riot police wielding steel batons and clubs. Three more people were killed. More protests may be planned for the coming days, and Iranians have resorted to "silent protests," small marches aimed at avoiding conflict with the security forces.
 

Popular Posts

Cloud