Calvary Convention Centre - Gereja Terbesar Asia

Banyak pihak di kalangan umno termasuk ketua pemuda Bahagian Seputeh yang menuduh bahawa pembinaan gereja terbesar di Selangor dan juga yang terbesar di Asia letaknya dalam kawasan Kinrara - di bawah YB Teresa Kok.

Tuduhan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab Melayu untuk tujuan berkenaan - mengambil tanah rizab Melayu untuk pembinaan sebuah gereja! Tajuknya benar-benar jengkel dan boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia.

Adakah tuduhan ini berasas?

Perlu diingat ketika mula digazetkan tanah rizab Melayu selepas penjajahan British berapakah jumlahnya? Sekarang berapa tinggal bakinya lagi - di mana hampir separuh daripada telah hilang dikerjakan dek Umno?

Sedangkan merekalah pemerintah dan dalang selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti!

Elok diperhatikan senario ini berdasarkan fakta.

1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur

Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut berada dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;


Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur


Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta selatan Kuala Lumpur.

Peta 2 - Peta dari laman web CCC sendiri

Dengan dua peta di atas, bolehlah kita membuat perbandingan yang menunjukkan kedudukan sebenar gereja terbesar asia adalah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta itu di dalam Wilayah Persekutuan? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL dan melibatkan Menteri Wilayah?

2. Tanah rizab Melayu

Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rizab Melayu, maka kemarahan rakyat terhadap Umno/BN sepatutnya akan lebih memuncak lagi.
Tanah tapak pembinaan gereja tersebut terletak di bawah zon antarabangsa. Salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia itu ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil sama ada asalnya tanah rizab Melayu yang biasanya hilang tidak berganti angkara kerja UMNO sejak lama?

3. Kelulusan pembinaan

Adakah ia melibatkan kelulusan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Selangor? Lihat kenyataan di bawah yang dipetik dari sumber berkenaan;

"The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.

Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans were approved, we also received
approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt."

Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Jelasnya, siapakah yang meluluskan gereja terbesar Asia ini kalau bukan Umno/BN dengan cukai setem dikurangkan separuh, kemudian dikecualikan daripada cukai pula bagi kos pembiayaannya. Parti mana dan siapakah yang menang besar dalam PRU 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di Asia ini?

Jika dilihat progress pembinaannya, ia melibatkan kelulusan oleh pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal tingginya. Tarikh mula pembinaannya ialah 15 Febuari 2008, iaitu ketika penamaan calon PRU dibuat, iaitu hampir sebulan sebelum kebangkitan rakyat dalam tsunami 8 Mac 2008!


Contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008


Upacara tanda 'terima kasih' pada 15 Februari 2008

Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia ini sebelum menawan negeri Selangor? Namun jangan kita lupa bahawa kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil itu bukan berada di dalam negeri Selangor!

Cukuplah setakat 3 fakta lengkap demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak ini untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi sambil mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung dengan sebaik-baiknya.

Seperkara lagi, jika benarlah gereja terbesar Asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV1, 2 dan 3 suku akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga ke saat PRU13 nanti. Namun ia senyap-sunyi daripada mendapat liputan media kawalan Umno/kerajaan.

Adakah 'mereka' yang sebenarnya mencuri tanah rizab Melayu untuk bikin gereja? Sila fikir-fikirkan.



ihsan: EDYES @ edyesdotcom (dengan sedikit suntingan)

Rahsia Kejadian Adam a.s

Mengapa Adam a.s yang dijadikan jauh terkemudian daripada sekelian makhluk Allah yang lain, tetapi menjadi makhluk yang tersangat istimewa? Apakah rahsia perintah Allah yang menyuruh sekalian malaikat 'sujud' (tanda hormat) kepada baginda?

Siapakah sebenarnya Adam a.s?


Rahsia Pertama: Hadirnya ruh Muhammad – di dalam sulbi Adam a.s!

Sebelum dijadikan Adam a.s, junjungan Muhammad saw adalah seorang nabi.

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

"Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud"

قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا   -  Asyuara: 219

Ibnu Abbas mentafsirkan;

Ruh Muhammad dalam sulbi bapa-bapa kamu (turun-temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim sehingga Allah keluarkan Baginda (Nabi Muhammad) sebagai Nabi (akhir zaman).

Dari tafsir Ibn Kathir dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan;

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

وَقَوْله تَعَالَى " وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ قَتَادَة " الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ فِي الصَّلَاة يَرَاك وَحْدكوَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث " سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي " وَرَوَىالْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .

Firman Allah Ta'ala: "Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud". Kata Qatadah: "Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah.

Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah saw boleh melihat orang di belakang baginda sebagaimana baginda boleh melihat orang yang berada di hadapannya.

Dan baginda menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) Nabi.

Di tempat lain Ibnu Abbas mentafsirkan “”شَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُ” pada ayat 35, Surah An-Nur sebagai “Nur Muhammad” pada sulbi bapa-bapa kamu, seperti berikut;

{ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ٱلْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَّ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلَيِمٌ }

Allah then mentioned the honour and blessings that He had bestowed upon the believers, saying: (Allah is the Light of the heavens and the earth) He is the guide of the dwellers of the heaves and earth. Guidance from Allah is of two types: clarification and making things known; it is also said that the verse means: Allah is the embellisher of the heavens by means of the stars and the embellisher of the earth by means of plants and water; it is also said that this means: Allah enlightens the hearts of the believers among the dwellers of the heavens and the earth. (The similitude of His light) the light of the believers; it is also said that this means: the light of Allah in the heart of the believer (is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass) made of gems. (The glass is as it were a shining star) one of the following five planets: Mercury, Jupiter, Venus, Mars and Saturn. All these planets are luminous. ((This lamp is) kindled from a blessed tree) from the oil of a blessed tree, (an olive neither of the East nor of the West) in an open space, not touched by the shade of the East nor by the shade of the West; it is also said that this means: in a location which is untouched by the sun when it rises and when it sets, (whose oil) the oil of the tree (would almost glow forth (of itself)) from behind its rind (though no fire touched it. Light upon light) the lamp emits light and the glass emits light and the oil emits light, (Allah guideth unto His light) Allah honours with knowledge; it is also said that this means: Allah honours with His religion (whom He will) whoever deserves it; it is also said that the verse means: the likeness of the light of Muhammad in the loins of his forefathers is like this, up to Allah's saying (… kindled from a blessed tree). He says: the light of Muhammad in Abraham was an upright religion (olive tree), and Abraham was neither Jew nor Christian (neither of the East nor of the West), the works of Abraham would almost glow forth in the loins of his forefathers like this (would almost glow forth (of itself)), up until Allah's saying (kindled from a blessed tree) He says: as if it is the light of Muhammad (pbuh) and if Abraham was not a prophet, he would still have this light (though no fire touched it); it is also said that the latter passage means: Had Allah not honoured Abraham, he would not have had this light; it is also said: if Allah had not honoured His believing servant with this light, he would not have had it.

[* تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs]

Keterangan dari Hadith;

“Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.”  -  riwayat Tirmidzi
Baginda juga bersabda;

“Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Juga Baginda bersabda, “Aku telah ditetapkan di sisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah."

Imam Ahmad bin Hanbal berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd dari Budail dari Abdullah bin Syaqiq dari Maysarah Al Fajr dia berkata; aku bertanya; "Wahai Rasulullah, bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi?" Baginda bersabda: "Ketika Adam 'alaihis salam antara ruh dan jasad."  -  Imam Ahmad

Daripada penjelasan ayat-ayat di atas, fahamlah kita, Adam a.s menjadi sangat istimewa kerana menanggung awal-awal makhluk dan afdhalun makhluq, Nur Muhammad saw di dalam sulbinya.


Rahsia ke-2:  Allah swt memperkuatkan Adam a.s dengan ruhNya (Ruhul-quddus)

Firman Allah Ta’ala;

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya RuhKu"  -  As-Shaad, 38 : 72

Berkata Ibnu Abbas r.a pada mentafsirkan ayat “Aku tiupkan padanya RuhKu,

“Allah Ta’ala memasukkan dalam diri Adam a.s akan RuhNya (Ruhul Quddus)”

Imam Jilani r.a membawakan gambaran “Ruh” istimewa ini di dalam kalam hikmah beliau;

Allah Ta’ala mula-mula mencipta atau menzahirkan Ruhul Quddus (Ruh Suci) dalam bentuk makhluk menerusi penzahiran paling sempurna dalam peringkat Alam Ketuhanan Zat Yang Maha Tinggi. Kemudian Allah Ta’ala menghendaki bahawa ruh itu turun ke alam fana’ ini diperingkat paling rendah, iaitu Alam Ajsam. (Alam jisim/kebendaan/alam dunia nyata- pent).

“Allah menghantarkan Ruh Suci itu ke dalam diri para Rasul, Nabi, Wali Allah dan kekasih-kekasihnya! Bersama Ruh Suci itu telah disediakan dalam dirinya benih-benih Keesaan (tauhid) supaya ia sentiasa mengenali Penciptanya yang Maha Esa!"  -  Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar

Imam Jilani r.a melanjutkan bicara berkenaan kedudukan Ruhul Quddus serta ruh-ruh yang lain:

“Allah mencipta badan untuk di masuki ruh dan menetap didalamnya. Masing-masing ruh pula ada nama masing-masing. Allah Ta’ala susun ruang-ruang didalam badan itu. Diletakkannya ruh manusia antara daging dan darah. Diletakkannya pula Ruhul Quddus (Ruh Suci) di tengah-tengah hati, dimana di sediakan oleh Allah suatu ruang yang seni dan halus untuk menyimpan rahsia di antara Allah dan hambaNya.”   -  Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar

Sesungguhnya Ruhul Quddus (Ruh Suci) adalah anugerah Allah Ta’ala kepada manusia-manusia pilihan Allah. Mereka adalah rasul, anbiya dan aulia Allah. Melaluinya mereka taqarrub (hampir) dengan Allah, musyahadahkan (melihat dengan Ruhul Quddus) wajahNya Yang Maha Agung. Tiada yang membatasi di antara mereka dengan Allah. Tiada juga malaikat muqarrabin.

Inilah keistimewaan Adam a.s; di mana tiada suatu pun makhluk Allah lain yang diberikan anugerah sedemikian rupa.


Rahsia ke-3: Adam a.s agungkan Allah swt dengan nama-nama Allah yang indah

Adam a.s mengagung serta mensucikan Allah dengan sekalian asma’ Allah Yang Maha Tinggi.– suatu hal yang tidak dapat dilakukan oleh malaikat lantaran malaikat tiada pengetahuan tentang itu. Sedangkan bagi Adam a.s ia suatu hal yang sangat mudah kerana sekalian Asma’ Allah itu telah dilengkapkan oleh Allah di dalam dadanya sebagai salah satu rahsia ketuhanan. .

Hal ini dijelaskan oleh Imam Al-Kabir Shaikh Muhyiddin Ibnu Arabi;

“Para malaikat tidak memperoleh kelengkapan Adam a.s, dan tidak memahami asma’ Ilahi kerana ia asing bagi mereka. Maka tiadalah mereka dapat mensucikan Allah serta mengagungkanNya dengan segala asma’ Ilahi."  -  Futuhatul Makkiyyah, Fusus Hikam

Bahkan malaikat juga tiada mengetahui benda-benda di dunia ketika Allah Ta’ala menyuruh mereka menyebut nama-nama tersebut.

Allah Ta’ala mengajarkan Adam a.s akan kesemua nama benda di dunia termasuk nama tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekalian jamadat serta kegunaannya. Adama a.s telah dapat menguasainya dengan baik, maka Allah Ta’ala berpaling kepada malaikat lalu memerintah supaya mereka (malaikat) menyebutkan nama benda-benda yang telah dijadikan.

Para malaikat tidak dapat menyebutnya, seperti Adam a.s yang telah menyebutnya satu persatu dengan jelas.

* Dari Tafsir Ibnu Abbas, تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs
________________________________________

{ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ }

(And He taught Adam all the names), the names of all his progeny, or the names of all the beasts and other things, including: a cooking pot, a plate and saucer, (then showed them) to prove that they were wrong (to the angels) who were commanded to prostrate, (saying: Inform Me of the names of these) created beings and descendents, (if ye are truthful) in your first claim.  -  Al-Baqarah : 31

Sesungguhnya banyak perkara ghaib yang diketahui oleh para malaikat. Namun mereka tidak dapat menandingi pengetahuan Adam a.s yang dilengkapi dengan rahsia ma'rifat ketuhanan.


Rahsia ke-4:  Adam a.s adalah cermin ketuhanan

Menghuraikan Hadis Nabi saw;

"Mukmin adalah laksana cermin bagi mukmin yang lain."

Imam Jilani r.a berkata;

"Mukmin yang pertama itu sebagai cermin, yang dimaksudkan daripadanya ialah hati yang suci bersih bagi mukmin itu sendiri. Maksud Mukmin kedua ialah Zat Allah Ta'ala yang dapat dikenali dalam cermin itu, iaitu satu kurnia utama yang hanya diberikan kepada kekasihNya sahaja. Bukankah salah satu namaNya yang indah ialah Al-Mukmin?"

Mesej yang cuba disampaikan oleh Imam Jilani adalah: Mukmin sejati sebagai cermin yang menangkap pancaran cahaya ketuhanan sehingga dapat memahami rahsiaNya dan menjadi sangat hampir dengan Allah.


Rahsia ke-5:  Adam a.s (ruhnya) dapat melewati Sidrotul-muntaha hingga ke arasy

Adam a.s mengenal Allah dengan sebenar kenal dan ubudiyyah kepadaNya dengan ubudiyyah yang sempurna. Tiada batas, tanpa had, tanpa jarak hanya semata-mata melihat wajah Allah Ta'ala. Sedangkan malaikat tiada dapat melakukannya kerana mereka tertahan di Sidrotul-muntaha.

Keadaan ini dijelaskan dalam peristiwa isra’ mi’raj. Setibanya di Sidrotul-muntaha, berkata Jibril kepada Nabi saw: “Aku tak dapat lagi bersama engkau Ya Muhammad. Jika aku maju satu langkah sahaja nescaya aku akan terbakar hangus.” Sedangkan Nabi saw meneruskan perjalanan mi’raj baginda bersendirian tanpa sebarang halangan sehingga akhirnya tahiyyat di hadapan Rabbul Jalil di balai penghadapanNya di Arasy.

Ini memberikan gambaran yang sangat terang akan maqam rasul, nabi dan aulia Allah yang mengatasi sekalian malaikat termasuk malaikat muqarrobin sekalipun.

Catatan: Mi'raj dengan jasad dan ruh terkhusus bagi Nabi Muhammad saw sementara bagi rasul-rasul, nabi dan aulia Allah adalah mi'raj itu semata-mata perjalanan 'ruh'.


Rahsia ke-6:  Adam a.s sebagai khalifah Allah

Ini merupakan 'mesej' paling penting daripada penciptaan Adam a.s. Bahkan ia juga 'mesej' bagi segala anbiya dan aulia Allah yang dizahirkan di atas muka bumi.

Sekalian keistimewaan yang Allah Ta'ala lengkapkan pada Adam a.s termasuk rahsia kejadian Siti Hawa adalah bagi penyempurnaan 'amanah' ini, yakni amanah 'khalifah' - menjadi wakil Allah dalam mengurus dan mentadbir bumi.

ihsan: sdra rafie1357 (TKO)

Rahsia Kejadian Insan (Adam-Hawa)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adan a.s adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh terkemudian daripada kejadian sekelian alam semesta; puluhan ribu tahun selepas kejadian malaikat dan jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan!

Pun begitu, makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh terkemudian itu mengungguli sekalian makhluk lain sehingga sekalian makhluk lain itu ditundukkan oleh Allah swt kepadanya.

Malaikat tidak mengetahui 'rahsia' kejadian Adam a.s sehingga mereka membantah; "Apakah Engkau akan menjadikan orang yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi?" (tafsiran ulama; ialah kerana mereka ingin tahu bukan sebagai tanda keingkaran).

Iblis juga tidak mengetahui 'rahsia' Adam a.s sehingga dia turut serta dalam bantahan terhadap Allah swt, tetapi menjadi kafir apabila dilaknatkan oleh Allah! Iblis enggan sujud (hormat) kepada Adam a.s. Keengkaran iblis itu adalah kerana dua perkara: sifat takabbur yang berasakan bahawa dirinya terlebih baik daripada Adam a.s. Kedua, kerana kedengkiannya terhadap Adam a.s. Kedua-dua sifat ini telah diabadikan sebagai sifat tercela yang mencabar sifat 'ketuhanan' sehingga Allah tidak memandang kepada orang yang memiliknya!

Dari sudut lain,

Adam a.s dijadikan sendirian, dikatakan oleh Allah, "Aku menjadikannya dari tanganKu sendiri". Sedangkan Siti Hawa dijadikan oleh Allah swt daripada Adam a.s kemudiannya. (daripada tulang rusuk baginda) Mengapa demikian? Sedangkan Allah Maha Berkuasa menjadikan keduanya serentak, di mana rahsianya?

Adam a.s dijadikan dengan tubuh badan yang gagah, kuat, kasar dan tegap sedangkan Siti Hawa dijadikan dalam bentuk lembut, kurang kekuatannya. Manusia mungkin berfikir; Apa salahnya Siti Hawa pun dijadikan kuat dan gagah seperti Adam a.s? Jika dijadikan sama kuat tentu mudah untuk menguruskan bumi ini? Namun ia berlawanan dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui. Apa Rahsianya?

Adam a.s memiliki beberapa 'rahsia' yang tidak dimiliki dan tidak juga di ketahui oleh makhluk-makhluk lain, termasuk sekelian malaikat yang sentiasa beribadah kepada Allah swt. Apa 'rahsia' yang menyebabkan Adam a.s menjadi lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain?

Pertanyaan terakhir : Siapakah sebenarnya ADAM a.s ini?

Asal Kejadian Hawa

Perbincangan mengenai kejadian Nabi Adam perlu juga dikaitkan dengan kejadian Siti Hawa. Sebahagian ulama berpendapat Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud;

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian atas.” –   riwayat Bukhari dan Muslim.

Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah sahabat Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Imam Mujahid, Ibn al-Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi. Namun apabila al-Quran dirujuk berhubung perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini.

Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Siti Hawa, dalam surah an-Nisak ayat 1, Allah menjelaskan;

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”


Hawa diciptakan daripada rusuk Adam a.s

Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Siti Hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam a.s.

Berhubung dengan isu ini, Hamka berkata, “Ahli-ahli ijtihad tidak membantah hadis yang sahih ini (iaitu hadis yang mengatakan wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki), namun ia tidak boleh dijadikan alas alasan yang tepat bagi mengatakan Siti Hawa terjadi daripada tulang rusuk di sebelah bawah dan kiri Nabi Adam a.s. Jelas sekali kaum wanita kesemuanya bukan terjadi daripada tulang rusuk apatah lagi tulang rusuk suaminya. Apa yang menjadi pertikaian adalah mengenai Siti Hawa (sama ada beliau terdiri daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s ataupun tidak). Oleh kerana Islam adalah satu-satunya agama yang memberi kebebasan berijtihad kepada mereka yang ahli (atau mampu), maka tidak ada salah sekiranya terdapat perbezaan pendapat (dalam hal ini). Justeru, tidak dihukum keluar daripada Islam sekiranya seseorang itu berkeyakinan, berdasarkan penyelidikannya bahawa Siti Hawa tidak terjadi daripada tulang rusuk Adam a.s. Tidak ada salahnya sekiranya umat Islam turut memberikan perhatian bagi menyelidiki teori-teori yang berkaitan (dengan persoalan) berapa tahunkah manusia sudah berada di dunia ini.”

Kenyataan ini dilaporkan di dalam kitab Tafsir al-Azhar.


Yakin akan kejadian Adam a.s dan Siti Hawa

Apa yang jelas adalah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa merupakan ibu-bapa kita yang asal. Al-Quran menyatakan Nabi Adam a.s dijadikan daripada tanah liat, tetapi tidak diperincikan berkenaan asal-usul kejadian Siti Hawa. Berhubung dengan Siti Hawa, Al-Quran sekadar mengatakan, “Dan daripadanya (iaitu Adam) Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”

Apa yang penting adalah manusia diizinkan Allah swt bagi mengkaji asal-usulnya. Dalam surah al-Ankabut ayat 20, Allah menyatakan;

“Katakanlah, ‘Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (di akhirat).”

sumber:  maktabah-ilmu.blogspot.com

Asal-usul Kejadian Manusia

Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan roh (ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"

Didalam Surah At-Thariq : 5-7;

"Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (ke dalam rahim). Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"

Nabi bersabda;

"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah."

Menurut riwayat, ketika Allah swt menitahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman;

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah swt.

Lalu Allah swt berfirman lagi;

"Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail berasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Allah berfirman lagi;

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."


Jenis-jenis tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s

Menurut riwayat tanah yang diambil dan digunakan untuk menjadikan Adam a.s mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s itu ialah sebagaimana berikut;
-  tanah tapak Baitul Maqdis;

-  tanah dari Bukit Tursina;

-  tanah Iraq;

-  tanah Aden;

-  tanah Al-Kautsar;

-  tanah tapak Baitullah;

-  tanah Paris;

-  tanah Khurasan;

Babylon

-  tanah (Babylon);

-  tanah India;

-  tanah syurga;

-  tanah Tha'if;

Menurut Ibnu Abbas;

Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.

Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepala.

Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar di mana tempat menarik perhatian.

Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

Perutnya dari tanah Babylon . Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu-daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.


Proses kejadiannya;

Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran ke dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.

Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam a.s masih berada di syurga, ter sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Apabila Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah; di kepala ialah dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Di bawah ialah sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Pada tubuh itu juga dijadikan lima buah pancaindera;

-  Mata alat penglihatan

-  Hidung alat penciuman

-  Telinga alat pendengaran

-  Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

-  Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya ke kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dirinya. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat yang mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia terbersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam a.s yang pertama kalinya ke hadrat Allah swt. Allah pun berfirman, 'Yarhamukallah' yang membawa erti 'semoga engkau diberi rahmat Allah'. Oleh itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat kita mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya disunatkan mengucap 'Yarhamukallah'. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja dia mahu bangun. Padahal bahagian bawah badannya itu masih tanah dan keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam a.s terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian baginda diarak oleh para malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga sebagai tempat mula-mula Adam a.s. tinggal.

Siti Hawa telah dijadikan oleh Allah swt dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam syurga. Ketika mereka makan buah larangan atas pujukan iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya diturunkan oleh Allah swt ke bumi. Menurut riwayat Nabi Adam a.s turun di India. Namun mengikut sesetengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Siti Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah, di atas bukit 'Jabal Rahmah' - di 'Padang Perkenalan'.

Umur Nabi Adam a.s menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam a.s sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti Hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak ia kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik-beradik, tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali - sama-sama.

Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan) JAIS.

Agama Hindu Ciptaan Yahudi

-  Yahudi dan Hindu sama-sama menyembah patung lembu  -


Sebagaimana yang kita ketahui, semua agama dan fahaman di dunia ini selain dari Islam seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Shinto, Jainism, Ahmadiah, Bahai, Qadiani, kapitalis, sosialis, komunis, fasis, syiah, wahabi, demokrasi, liberalisme dan lain-lain adalah ciptaan Yahudi. Tujuannya ialah untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw yang membawa Islam sebagai hanya satu-satunya agama yang diiktiraf Allah SWT untuk sekelian umat manusia.

Agama menyembah berhala walaupun dimulakan oleh dan pada zaman Firaun dan Babylon, tetapi ia telah dikembangkan oleh Yahudi ke seluruh dunia untuk menghalang manusia daripada memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ia berpunca di dalam semua kitab termasuk Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran sudah dinyatakan akan datang seorang rasul di kalangan bangsa Arab iaitu Nabi Muhammad saw yang akan membawa agama Islam yang berdasarkan akidah Tauhid kepada seluruh umat manusia. Jadi ribuan tahun sebelum kedatangan nabi itu kaum Yahudi telah mencipta pelbagai agama untuk bangsa-bangsa di dunia ini bagi tujuan menghalang mereka daripada memeluk Islam apabila dakwah Islamiah mula tersebar.

Matlamat utama kaum Yahudi ialah untuk menguasai dunia, memperhambakan semua kaum bukan Yahudi bagi menguasai segala harta kekayaan yang terdapat di dunia ini. Ia disebabkan falsafah Yahudi yang mengatakan "Wang adalah Tuhan Yahudi yang cemburu". Jadi kaum Yahudi sangat takut kalau umat manusia menganut agama Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw. Mereka tahu hanya umat Islam sahajalah yang tahu akan selok-belok penyelewengan Yahudi dari akidah tauhid, kejahatan Yahudi yang telah membunuh beratus-ratus nabi Allah, meminda ayat-ayat Allah dari kitab-kitab suci, melaga-lagakan manusia supaya timbul peperangan sesama sendiri, membiakkan segala jenis maksiat seperti judi, arak, pelacuran, perhambaan abdi, amalan usury (bunga), seks bebas, homo, lesbian; seterusnya mereka mencipta berbagai-bagai agama supaya jangan sampai umat manusia memeluk Islam.

Kaum Yahudi Menyembah Raja Jin Azazil/Lucifer

Orang Yahudi mendakwa mereka menyembah Tuhan yang Satu sama seperti Islam, tetapi sebenarnya mereka berbohong. Kalau mereka menganut akidah tauhid sama seperti Islam sudah tentu mereka sudah lama memeluk Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Sebaliknya, mereka enggan memeluk Islam apabila akidah mereka yang sebenar bukan tauhid. Mereka bukan menyembah Tuhan Yang Satu seperti yang didakwa seperti Hashem atau YHWH atau Edonai. Mereka bukan mengamalkan ajaran Taurat (Torah) yang sebenar kerana kalaulah mereka mengikut ajaran Taurat yang sebenarnya kenapa mereka boleh mewujudkan segala jenis maksiat dan perkara-perkara kotor di atas muka bumi ini?

Kaum Yahudi mendakwa agama mereka Judaismlah agama mereka yang betul dan kitab Taurat (versi Yahudi) adalah kitab ikutan dan punca kekuatan spiritual dan kesatuan mereka. Soalnya, apakah punca yang sebenar bagi kekuatan spiritual dan kesatuan orang-orang Yahudi selama beribu-ribu tahun ini? Adakah kerana Judaism dan Taurat?

Orang Yahudi mendakwa mereka Bangsa Terpilih dan punca mereka kuat dan bersatu selama ini kerana kekuatan spiritual agama Judaism dan kitab Taurat (versi Yahudi) mereka. Jadi Taurat dikatakan membawa kaum Yahudi kepada "nilai-nilai" murni orang Yahudi yang membolehkan mereka menguasai dunia.


Ajaran Kabbalah

Sebenarnya, punca kekuatan spiritual kaum Yahudi bukan dari Taurat atau Judaism. Puncanya adalah ajaran mistik Kaballah, di mana rabbi-rabbi Yahudi menyembah dan berkomunikasi dengan jin dan syaitan untuk mendapatkan maklumat, ramalan, sihir dan jugak kekuatan spiritual serta hasil daripada kesimpulan berkomunikasi dengan jin kafir dan syaitan ini maka terciptalah Kitab Talmud, iaitu Kitab Syaitan Yahudi.
Kitab Talmud Yahudi


Kalau orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Allah swt, iaitu agama Islam mereka dipanggil ulama Islam oleh orang-orang Islam. Bagi orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama syaitan atau agama Azazil atau agama Raja Jin Kafir di muka bumi ini ialah rabbi-rabbi Yahudi. Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulama-ulama' Azazil, iaitu ulama-ulama iblis, ulama syaitan bagi orang-orang yang mempraktik dan mengembangkan ajaran syaitan untuk menyesatkan kaum Yahudi selama beribu-ribu tahun sehingga sekarang.

Synagoge di Astana, Kazakstan

Pemujaan terhadap raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja syaitan yang dilakukan oleh rabbi-rabbi Yahudi melalui ritual Kabbalah di Synagog-synagog adalah berdasarkan dari ayat-ayat syaitan kitab Talmud. Jadi Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulama-ulama' syaitan. Synagog adalah kuil atau rumah syaitan dan Talmud adalah kitab syaitan yang diterbitkan hasil dari komunikasi dengan raja jin kafir Azazil atau raja setan/iblis ini.




Lambang Illuminiti atau Freemason dengan 'Mata Satu'

Kenapa lambang illuminiti atau freemason atau dajjal yang kita tengok pada kuil-kuil Freemason atau illuminiti menggunakan 'MATA' sebagai lambang mereka? Apakah makna 'Mata Satu' itu? Kenapa digunakan lambang 'Mata Satu' dan tidak digunakan lambang-lambang yang lain?

Lambang piramid dan mata di gereja seluruh dunia

Ini kerana raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja satan ini merupakan tuhan yang disembah oleh kaum Yahudi bermata satu kerana satu daripada matanya buta apabila dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as setelah Azazil cuba memperdayakan baginda ketika sedang menjahit kain. Nabi Idris as merupakan orang yang pertama menenun kain. Jadi, Azazil mencabar kalau Allah swt benar-benar berkuasa bolehkah dimasukkan dunia itu ke dalam lubang jarum yang sedang digunakan oleh nabi Idris as?

Nabi Idris as kemudian meminta Azazil datang hampir untuk melihat bagaimana beliau memasukkan dunia ke dalam lubang jarum itu - dan secara tiba-tiba dicucuknya mata Azazil sehingga buta. Asal mata Azazil ada dua, tetapi telah buta sebelah mata kesan dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as. Jadi sebab itulah mata Azazil hanya tinggal satu sehingga sekarang. Para penganut Judaism dan Kaballah yang menyembah Azazil itu mengenali Azazil sebagai tuhan mereka yg bermata satu dan dijadikan lambang pada illuminiti dan freemason mereka. Sebab itulah lambang 'Mata Satu' itu merupakan lambang kehadiran Azazil di ritual-ritual freemason yang mengawasi setiap tindak-tanduk pengikut agama Judaism dan ajaran Kabbalah ini.


Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as itu maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina. Sila lihat Surah Al-Baqarah yang bermaksud Lembu/Sapi Betina. Apabila Nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.

Tuhan lembu bagi penganut Hindu

Di sinilah Yahudi Samiri memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum Hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yang memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum Hindu di India dan terus sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama Hindu yang menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan oleh penganut-penganutnya.

Oleh: zharifjenn (TKO) 

Kekeliruan Tentang Wahdatul-wujud

Ramai orang yang menuduh sesat fahaman wahdatul-wujud ini kerana kejahilan mereka dalam menyatakan bahawa, wahdatul-wujud menafikan ithnaniyat al-wujud (dua jenis kewujudan, iaitu kewujudan Allah s.w.t. yang qadim dan kewujudan makhluk yang bersifat baharu).

Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk [al-mumkinat]. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baharu itu merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. kerana wujud makhluk bukanlah dengan diri mereka dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil (terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t..

Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain.

Dua jenis kewujudan tidak pernah menafikan bahawa, wujud yang baharu itu pada hakikatnya daripada wujud Allah s.w.t. yang qadim, tetapi bukanlah wujud yang baharu itu, adalah wujud yang qadim secara zatnya. Kalau bukan daripada Allah s.w.t., maka daripada siapa pula wujud yang baharu itu? Mustahil daripada zat-zat makhluk itu sendiri kerana makhluk-makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri.

Sesiapa yang tidak memahami perincian dalam masalah ini, pasti tidak dapat membezakan secara jelas, antara wahdatul-wujud yang batil, dengan kefahaman para sufi yang menafikan wujud hakiki terhadap selain Allah s.w.t. yang turut diberi nama sebagai wahdatul-wujud.

Para ulama' Al-Asya'irah yang menyerang para sufi yang dikatakan sebagai pembawa wahdatul-wujud seperti Ibn Arabi dan sebagainya, menyamakan wahdatul-wujud golongan sufi yang sebenarnya suatu ungkapan terhadap wahdatus-syuhud semata-mata, dengan wahdatul-wujud falsafiyah yang dipelopori oleh ahli falsafah Yunani, padahal jika sesiapa yang mengambil mafhum sebenar tentang ungkapan-ungkapan para sufi berkenaan wahdatul-wujud daripada perkataan para sufi tersebut daripada para sufi juga, pasti memahami perbezaannya.

Asas pada penyaksian kepada wahidiyatul-wujud bermula setelah seseorang itu menghayati tauhidul af'aal (iaitu semua perbuatan daripada perbuatan Allah s.w.t.) yang mana, hanya Allah s.w.t. yang Maha Esa dalam perbuatan-perbuatanNya, dan dalam memberi pengaruh kepada sekalian makhluk. (Inilah lingkungan ilmu tasauf yang saling melengkapi ilmu fiqh dan tauhid)


 
Persoalan:

Ada yang kata wahdatul-wujud ini sesat; ada yang kata tidak. Kalau benar ulama tersohor Al-Fansuri dan Ar-Raniri mengamal fahaman wahdatul-wujud, siapalah kita untuk mengatakan wahdatul-wujud sesat?

Jawapan;

Kefahaman yang sebenar tentang wahdatul-wujud menurut kaum sufi yang benar adalah suatu kefahaman yang murni dan bertepatan dengan aqidah Islam iaitu, melihat seluruh wujud makhluk tidak wujud dengan diri mereka sendiri, tetapi wujud dengan Allah s.w.t. (dengan bantuan dan kekuasaanNya).

Adapun orang-orang yang jahil yang cuba menyesatkan kaum sufi dalam masalah ini, sebenarnya tidak memahami wahdatul-wujud dengan maknanya yang sebenar menurut fahaman kaum sufi berkenaan.

Begitu juga, golongan orang yang sesat dalam fahaman wahdatul-wujud dengan mendakwa ketuhanan diri, mendakwa hulul dan ittihad, merupakan golongan yang tertolak di sisi kaum sufi itu. Kefahaman mereka bukanlah kefahaman kaum sufi terhadap wahdatul-wujud kerana kaum sufi memahami wahdatul-wujud dengan maksud wahdatus-syuhud, bukan dengan maksud hulul (Tuhan menempati makhluk) dan ittihad (Tuhan bergabung dengan makhluk).

Golongan yang sesat ini juga akhirnya mendakwa sudah sampai kepada Allah s.w.t. dan mencapai darjat makrifat, lalu mendakwa bahawa dirinya sebagai tuhan, kerana tuhan wujud dalam setiap makhluk. Hasil daripada dakwaan itu, mereka mendakwa diri mereka tidak perlu melakukan syariat dan ketaatan kerana mereka adalah tuhan, atau tuhan sudah wujud dalam diri mereka. Ini suatu kesesatan yang nyata, yang diengkari sendiri oleh para sufi yang benar.

Para ulama' sufi seperti Imam Ibn 'Arabi r.a., Imam Abdul Karim Al-Jili r.a., Sheikh Ibn Al-Faridhi r.a., Sheikh Ali ibn Wafa dan sebagainya, berlepas tangan daripada fahaman sesat ini, bahkan turut membantah kesesatan ini secara keras.

Imam Ibn 'Arabi berkata dalam Al-Futuhat pada bab Al-Isra':

"Sesiapa yang mendakwa akan hulul, bererti dia telah sesat. Ini kerana, orang yang berkata tentang hulul itu berpenyakit yang tidak dapat diubati. Sesiapa yang membezakan antara di antara diri kamu dengan diriNya, maka kamu telah menetapkan dirimu dan diriNya. Tidakkah kamu mendengar sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Maka Aku jadi pendengarannya yang Dia mendengar dengannya". Dia menetapkan dirimu dengan menunjukkan dirimu dalam hadith tersebut. Sesiapa yang mendakwa ittihad merupakan orang yang athies, seperti yang mendakwa hulul juga, merupakan orang yang jahil dan melampau. Ini kerana dia menisbahkan hal yang mustahil. Sesiapa yang membezakan dirinya dengan Allah s.w.t., maka dialah yang benar."

Malangnya ada pihak yang menuduh Imam Ibn A`rabi ini sesat dan kafir kerana tidak meletakkan makna wahdatul wujud itu kena pada juzuknya mengikut pandangan Ibn Arabi itu sendiri dan ahli sufi yang benar. Semua pendapat itu adalah rekaan, pengeliruan yang sesat dan tidak benar dari segi maknanya, rendah dari segi nilai falsafahnya, dan begitu asing dari suasana keIslaman, yang menggambarkan dari segi makna dan bentuknya hanya sengaja direka-reka..

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a. sendiri berbicara tentang maksud wahdatul-wujud ini menjelaskan;

"Setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah s.w.t.). Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dengan selainnya (iaitu dengan hakikat Allah s.w.t.), bukan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah s.w.t. yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yang berdiri dengan diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil (pada hakikatnya)."
Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi tentang penyaksian wahdatul-wujud dalam pandangan para sufi (Al-Ihya' tajuk As-Syauq):

"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah s.w.t.. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah s.w.t.. (Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya. Sesungguhnya wujud itu milik Allah s.w.t. semata-mata, yang mana denganNyalah, sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki (iaitu Allah s.w.t.)…"

Inilah kefahaman para penghulu sufi dan ahli tasawwuf yang benar, berkenaan dengan wahdatul-wujud. Siapakah yang berasakan dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul-Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani menyesatkan kaum sufi hanya kerana tidak memahami maknanya dengan makna yang benar?


Maksud dari kata "Aku adalah Allah"

"Aku adalah Allah" jelas bagi sesiapa yang telah mengenali Allah dengan sebenar-benarnya, meyakini ketuhanan Allah, menyedari sebenar-benarnya maksud penghambaan terhadap Allah dan merasai ketuhanan Allah dalam diri dan kehidupan dirinya berada dalam tadbir dan takdir Allah.

Bersih di dalam dirinya daripada  segala fitnah dunia, jelas pada akalnya kejadian alam dan kewujudan dirinya dan berusaha mencari Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menyampaikan kepada manusia sesuai dengan kadar kefahamannya".

Daripada hadith ini kita dapati, di mana antara manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dengan memerhatikan kepada siapakah Baginda s.a.w. ingin berinteraksi dan Baginda s.a.w. akan berinteraksi kepadanya sesuai dengan kadar akal dan kefahamannya. Jadi, kepada Rasulullah s.a.w. kita jadikan contoh dalam menyampaikan dakwah.

Dalam ilmu tasawwuf ini, ada tiga jenis perbahasan;

i) Asas-asas mengenal ilmu tasawwuf.

Ia berkaitan dengan asas-asas pengenalan terhadap ilmu tasawwuf, maka ia merupakan suatu perbahasan dalam rangka memperkenalkan kepada orang tentang apa itu tasawwuf, kedudukan tasawwuf dalam Islam, sejarah perkembangan tasawwuf dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai Pengantar ilmu Tasawwuf. Ia perlu disebarkan secara umum kerana masyarakat Islam seluruhnya perlu mengetahui hakikat sebenar ilmu Tasawwuf Islami agar mereka tidak terkeliru dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba menjatuhkan ilmu Tasawwuf Islami.

ii) Tasawwuf praktikal, atau amali.

Perbahasan kedua pula adalah ilmu berkaitan dengan ilmu-ilmu praktikal dalam tasawwuf seperti perbahasan tentang taubat, zuhud, ahwal, maqam dan sebagainya. Ia juga perlu diajarkan kepada umum sesuai dengan kefahaman orang yang sedang kita berbicara dengannya. Ia perlu disampaikan kepada umum kerana ia perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam, terutama bagi mereka yang sudah mempunyai mursyid yang membimbing dalam perjalanan menuju Allah s.w.t..

iii) Ilmu-ilmu zauqi (yang dirasai oleh hati yang sudah mencapai muamalah dengan Allah s.w.t.)

 Perbahasan ini ialah tentang zauq (perasaan-perasaan hati) yang merupakan natijah daripada seseorang yang sedang berjalan menuju Allah s.w.t. mahupun seseorang yang sudah sampai kepada perjalanan pada kebersamaan Allah s.w.t.. Maka, ia kalaupun dibincangkan kepada orang yang tidak sampai tahapnya, tanpa sebarang tujuan ilmiah atau tanpa sebarang kemaslahatan, maka ia boleh menyebabkan orang tersebut terfitnah samada kerana salah faham terhadap apa yang cuba disampaikan lalu sesat ataupun dia terus mendustainya sama sekali.

Adapun masalah wahdatul-wujud, istilahnya sendiri bukanlah daripada kaum sufi, tetapi daripada kaum pengkritik golongan sufi yang tidak faham ungkapan-ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan sebagainya. Namun, penghayatan daripada ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan para wali Allah yang lain, maka itu juga termasuk dalam perbahasan jenis ketiga itu, yang mana sangat sedikit manfaatnya untuk dibincangkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Keadaan ini sama sepertimana seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak di tadika tentang ilmu algebra. Memang benar, algebra adalah sebahagian daripada ilmu matematik, tetapi ia satu cabang ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan tahap kanak-kanak tadika tersebut.

Apa yang paling penting, zauq (rasa) tersebut sebenarnya asasnya pada ilmu sifat 20. Ia merupakan terjemahan sifat 20 ke dalam kehidupan melalui proses zikir dan mujahadah. Apa yang penting adalah seseorang mendalami ilmu aqidah Islam, lalu mengambil mursyid yang kamil untuk membimbingnya menuju Allah dan insya Allah, Allah s.w.t akan membantunya untuk sampai kepadaNya.

Asal Kejadian: Cari Jalan Kembali! - 3

Tok_Batin, seorang Wahhabi tegar masih belum puas dengan propaganda fahamannya itu. Mari kita ikuti perdebatannya dengan sdra rafie1357 untuk memahami apa persoalan yang berbangkit? Dia menulis; 

Salam tuan rafie1357, semoga Allah merahmati kita semua.

Sedari awal aku cuma meminta dalil yang tegas dari Al-Qur'an mahu pun hadis. Sedangkan suruhan solat dan zakat ada (dan dirikan solat, dan keluarkan zakat...), suruhan puasa ada (diwajibkan atas kamu berpuasa....), larangan zina ada (dan janganlah kamu menghampiri zina....)

Tapi tuan ibarat ayam jawi, asyik melarikan kepala dan berselindung di bawah kepak dan ketiak para ulama. Aku yang jahil ini inginkan pencerahan, tetapi tuan dengan pelbagai dalih, konon tidak mahu berususan dengann Wahhabi.

Tak usahlah kita berqias pada tajwid dan sebagainya. Ia perkara berbeza, walau sekagum mana pun kita pada ulama, janganlah terus bertaklik buta. Inilah punca yang bakal menyebabkan tapak yang enam akan ditambah menjadi tujuh, tiang yang lima ditambah menjadi enam. Ingat, ulama pun manusia biasa, tidak sempurna; gading mana yang tidak retak... kalau mana yang sahih kita ikut.

Sesiapa pun boleh memahami al-Qur'an, baik Badwi mahupun cendikiawan. Kitabullah ini diturunkan untuk semua... Dan setahu akulah dalam agama kita tiada sistem kerahiban, kepaderian!

Dan bagi aku yang jahil ini, cara kita memahami kitabullah mestilah dalam konteksnya. Contohnya, janganlah jika terjumpa ayat cahaya terus ditafsirkan cahaya (nur) Muhammad. Kena tengok turutan ayat, sebelum dan selepas - tidak boleh sekerat-sekerat; kelak nanti ayat "Dan jangan lah kamu hampiri zina....." Kita ambik sekerat lalu jadi "... hampirilah zina". Oooo ini manyak bahaya wooo.... ayat sebelumnya kita tidak ambil pun.

Tak apa, aku tak akan meminta lagi.

Ihsan: hanief.blogspot.com -
 Tajdid yang menggunakan kepala hotak sendiri!

Jawapan sdra rafie 1357;

Bismillah....

Salam tuan ayam jantan yang pandai berkokok! Ini ayam jawi yang selindung di bawah ketiak ulama, mahu sedikit bicara dengan tuan...sudilah dengar dengan hati sanubari!

Kata kamu, "Sedari awal aku cuma meminta dalil yang tegas dari Al- Qur'an mahupun hadis."
Dalil yang tegas macamana tu. Macam a, b, c ke?

Aku sudahpun bagi dalil Al-Qur'an, tetapi akal tuan yang menjajau, melilau tidak tentu hala sebab tidak dapat mengakui keterangan Al-Qur'an. Lihat dengan mata hati secara terbuka akan ayat-ayat ini . Ia ditafsirkan oleh Ibnu Abbas, sahabat Nabi saw (itu pun kalau tuan masih percayakan Al-Qur'an dan mengakui sahabat Nabi).

Pertama:

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِين

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud
قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda Muhammad saw sebagai nabi akhir zaman.

Kedua:

Mentafsirkan ayat نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ  dalam surah An-Nur: ayat 35, Ibnu Abbas mentafsirkannya sebagai Nur Muhammad dalam sulbi Nabi-nabi sebelum Baginda Muhammad saw mulai dari Nabi Adam Alaihis Salam.

Dari tafsir Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs
________________________________________

{ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ٱلْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَّ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلَيِمٌ }

Allah then mentioned the honour and blessings that He had bestowed upon the believers, saying: (Allah is the Light of the heavens and the earth) He is the guide of the dwellers of the heavens and earth. Guidance from Allah is of two types: clarification and making things known; it is also said that the verse means: Allah is the embellisher of the heavens by means of the stars and the embellisher of the earth by means of plants and water; it is also said that this means: Allah enlightens the hearts of the believers among the dwellers of the heavens and the earth.

(The similitude of His light) the light of the believers; it is also said that this means: the light of Allah in the heart of the believer (is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass) made of gems. (The glass is as it were a shining star) one of the following five planets: Mercury, Jupiter, Venus, Mars and Saturn. All these planets are luminous. ((This lamp is) kindled from a blessed tree) from the oil of a blessed tree, (an olive neither of the East nor of the West) in an open space, not touched by the shade of the East nor by the shade of the West; it is also said that this means: in a location which is untouched by the sun when it rises and when it sets, (whose oil) the oil of the tree (would almost glow forth (of itself)) from behind its rind (though no fire touched it. Light upon light) the lamp emits light and the glass emits light and the oil emits light, (Allah guideth unto His light) Allah honours with knowledge; it is also said that this means: Allah honours with His religion (whom He will) whoever deserves it; it is also said that the verse means: the likeness of the light of Muhammad in the loins of his forefathers is like this, up to Allah's saying (… kindled from a blessed tree). He says: the light of Muhammad in Abraham was an upright religion (olive tree), and Abraham was neither Jew nor Christian (neither of the East nor of the West), the works of Abraham would almost glow forth in the loins of his forefathers like this (would almost glow forth (of itself)), up until Allah's saying (kindled from a blessed tree) He says: as if it is the light of Muhammad (pbuh) and if Abraham was not a prophet, he would still have this light (though no fire touched it); it is also said that the latter passage means: Had Allah not honoured Abraham, he would not have had this light; it is also said: if Allah had not honoured His believing servant with this light, he would not have had i

Tuan faham apa makna tafsir? Tuan faham apa makna ta'wil? Al-Qur'an kalamullah mengandungi dasar-dasar hukum. Setiap dasar hukum perlukan tafsiran orang yang mahir dalam ilmu Allah. Mereka adalah manusia-manusia pilihan dari kalangan ulama-billah!

Aku sudah pun bentangkan amaran Nabi yang melarang tafsirkan Al-Qur'an mengikut nafsu /aqal sendiri. Adakah tuan mengambil pelajaran? Tidak! Kesombongan telah membutakan mata hati! Mulut mengucap pegang Al-Qur'an dan Hadis, tetapi hati berpegang kepada nafsu dan akal dengan pendapat sendiri!

Cuba perhatikan lagi amaran Allah ke atas mereka yang mentafsir /ta'wil ayat-ayat Al-Qur'an mengikut nafsu sendiri.

هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ وَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang mempunyai kefahaman."   -  Aal-e-Imran: 7

Perhatikan baik-baik akan ayat Allah yang ini...

"Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama...."

Siapakah yang mendalam pengetahuannya tentang agama jika bukan ulama? Siapa yang mengetahui rahsia-rahsia ketuhanan jika bukan ulama-billah yang mendapat cahaya ma'rifat?

Bagaimana orang-orang seperti Wahhabi, termasuk guru Wahhabi di Malaysia, iaitu si Asri Perlis yang bukan pun ulama dapat memahami ayat-ayat Allah yang sangat halus dan tersembunyi? Adakah kalian hafal Al-Qur'an? Berapa banyak Hadis Nabi saw yang kalian hafal?

Bila tak ada ilmu yang cukup, di mana cuma hafal beberapa ayat Al-Qur'an dan beberapa hadis Nabi kemudian berlagak seperti ulama, akhirnya mereka menjadi pendusta! Mereka menjadi pendusta ayat-ayat Allah dan RasulNya.

Awaslah, wahai tuan yang pandai berkokok! Si buta tidakkan dapat memimpin si buta!

Kata kamu; "Tak usahlah kita qias pada tajwid dan sebagainya, itu perkara berbeza."

Aku nak tanya dengan tuan yang berkokok bagai ayam jantan yang berani, jangan lari daripada pertanyaan aku ini. Aku minta tuan baca kitab tajwid- seluruh isi kitab tajwid, mana dalil Al-Qur'an atau Hadis Nabi yang menyebut hukum-hukum tajwid - idgham, izhar, iqlab, mad-lazim, mad-lin, alif-lam qamariyah dll.

Tunjukkan aku mana dalil ayat-ayatnya? Mengapa kalian mengamalkan barang yang tiada dalil Al-Qur'an dan Hadis Nabi? Sifat pura-pura kalian terserlah lagi sepertimana juga Wahhabi-wahhabi terdahulu yang melarikan diri apabila aku bertanya akan dalil-dalil ini. Tidak ada seekor ayam jantan yang mengaku hero sudi menjawab.

Kata kamu, "Sedangkan suruhan solat dan zakat ada (dan dirikan solat, dan keluarkan zakat...), suruhan puasa ada (diwajibkan atas kamu berpuasa....)

Memang ada perintah Allah berkenaan solat dan puasa. Soalan aku ialah ada tak sebut dalam Al-Qur'an rukun 13 solat? Apa ayatnya?

Mana dalil Al-Qur'an atau Hadis Nabi yang menyusun syarat sah dan batal solat? Tunjukkan aku ayat berapa dan surah apa?

Kalian mahu dalil yang tegas berkenaan Nur Muhammad! Sekarang aku minta kalian keluarkan dalil tegas berkenaan rukun 13 yang kalian amalkan dalam solat. Mana dalil syarat sah dan batal yang tersusun dalam Al-Qur'an?

Tak boleh jawab, kan?

Sememangnya kalian takkan boleh jawab. Kalian terpaksa makan najis yang kalian campak ke langit!

Sebab itu apabila aku kemukakan soalan-soalan ini, Wahhabi-talafi-najdi yang sebangsanya - yang tak kenang budi ulama melarikan diri dengan berbagai alasan dan helah samalah seperti yang di buat oleh tuan.

Kata kamu; "Walau sekagum mana pun kita pada ulama, janganlah terus bertaklik buta. Inilah punca yang bakal menyebabkan tapak yang enam akan ditambah menjadi tujuh, tiang yang lima ditambah menjadi enam. Ingat, ulama pun manusia biasa, tidak sempurna; gading mana yang tidak retak... kalau mana yang sahih kita ikut."

Bukan setakat ikut, dengar pun jangan!

Taklik buta atau bertaqlid buta? Guru Wahhabi salah ajar ke?

Taqlid buta adalah menuruti apa sahaja perkataan ulama walaupun ia bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya.

Jika sejumlah besar ulama yang memberikan tafsiran sesuatu ayat Al-Qur'an pada nada yang sama, di manakah taqlid butanya?

Apa yang jelas adalah taqlid buta Wahhabi-talafi-najdi yang menjadi 'budak' suruhan guru-guru Wahhabi Arab najdi dan guru Wahhabi Malaysia.

Kata kamu; "Sesiapa pun boleh memahami al-Qur'an, baik Badwi mahupun cendikiawan. Kitabullah ini diturunkan untuk semua... Dan setahu akulah dalam agama kita tiada sistem kerahiban, kepaderian!"

Siapa pun boleh memahami Al-Qur'an?

Ye betul sesiapa pun boleh memahami ayat Al-Qur'an yang telah ditafsirkan oleh ulama. Tafsiran Al-Qur'an oleh ulama sudah dibukukan menjadi kitab-kitab dalam berbagai ilmu Islam. Kitab-kitab fiqh, tajwid, kitab tauhid, kitab tasawuf adalah tafsiran-tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang telah djadikan kitab oleh para ulama.

Dan aku juga menyampaikan 'amaran' Allah dan RasulNya;

Haram mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi jika kamu bukan ahlinya, yakni jika belum layak sebagai mujtahid. Hafal dahulu Al-Qur'an, hafal Hadis-hadis Nabi berjumlah lebih 500,000, belajar nahwu- sarf, belajar 15 lughah bahasa Arab, belajar dulu sirah Nabawiyyah. Apabila cukup syarat mujtahid, maka tafsirlah sendiri. Janganlah gopoh dan gelojoh. Setiap suatu ada masanya, dan ada syaratnya.

Dalil pengharaman ini aku sudah kemukakan di atas. Jika tuan orang yang berakal dan beriman pasti akan akur dengan ayat tersebut!

Kata kamu: "Dan bagi aku yang jahil ini, cara kita memahami kitabullah mestilah dalam konteksnya. Contohnya, janganlah jika terjumpa ayat cahaya terus ditafsirkan cahaya (nur) Muhammad. Kena tengok turutan ayat, sebelum dan selepas - tidak boleh sekerat-sekerat; kelak nanti ayat "Dan jangan lah kamu hampiri zina....." Kita ambik sekerat lalu jadi "... hampirilah zina". Oooo ini manyak bahaya wooo.... ayat sebelumnya kita tidak ambil pun."

Tuan mengaku jahil, tetapi pada masa yang sama cuba mempertikaikan tafsiran para ulama. Mereka yang mentafsirkan ayat Nur Muhammad itu, termasuk di dalamnya ialah Ibnu Abbas. Adakah di antara kalian termasuk guru Wahhabi Malayisa, iaitu Asri Perlis itu terlebih bijak daripada Ibnu Abbas?

Tuan masih mahu engkar lagi? Memang benarlah kejahatan kalian ini! Di sana syaitan bertepuk tangan melihat kejayaan dia atas anda semua!

Belum terlambat lagi; aku masih mempunyai harapan yang tuan masih boleh berubah! Tuan masih mempunyai waktu yang bersisa! Cuba renungkan dan mintalah petunjuk daripada Allah, pasti akan terbuka segala kejahilan yang menyelubungi jiwa!

Matahari Berada Tepat di Atas Ka'abah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat Islam mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’abah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang Allah subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat berada di atas Ka’abah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Kedudukan matahari berada tepat di atas Ka'abah

Alhamdulillah, dengan ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat Islam di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 Mei setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan

16 Julai setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Waktu di Malaysia & matahari di atas Ka'abah

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum;

*  Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang benar-benar tepat. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

*  Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

*  Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

*  Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut boleh dilihat dengan terang dan jelas.

Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

*  Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

*  Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

*  Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

Tandakan arah qiblat.

Selepas;

*  Yakinlah bahawa ia merupakan arah qiblat yang tepat.

*  Bersyukurlah kepada Allah subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

*  Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaAllah.

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas.

Umang-umang dalam Parti - Bhg I

"Mungkin Haji Elias mahu membuat ujian mengenai strategi Gerak Saraf yang ditugaskan kepadanya; samada masih berkesan atau tidak selepas beliau telah lama menyepikan diri dalam tugas aktiviti Gerak Saraf.

    Menurut beliau dalam postingnya yang lepas-lepas, beliau terlibat secara aktif dalam tugasan Gerak Saraf semasa Pilihanraya 2008 di Perak, dan hanya kembali aktif di Puchong atas permintaan Pengarah JPrD. Oleh kerana telah lama tidak aktif di Puchong, maka pastinya beliau sedia maklum bahawa masalah di Puchong dan kawasan di Perak tentulah berbeza dari segi geography, budaya dan sikap warganya.

    Selepas ini besar kemungkinan Haji Elias akan menukar haluannya ke Puchong Utama samada ke arah Ketua Penerangan atau penulis ini sendiri pula. Maka kita yang berada di Barisan Pertma Puchong Utama perlu bersiap siaga dalam menghadapi serangan dari Haji Elias. Namun Haji Elias perlu sedar bahawa beliau akan berhadapan dengan musuhnya yang lengkap, kemas dan pasu samada di segi pertahanan mahu pun serangan udara, laut dari darat."

-  para_jump101 airborne
Jangan tersilap terjun & terjah sudah la...

Sebenarnya teman tidak suka terlibat dalam polemik murahan, terutama apabila timbul tuduhan-tuduhan separa masak, berdolak-dalih kemudian menafikan apa yang telah dihamburkan. Ia hanya memaparkan sifat keanak-anakkan dalam cara berpolitik di era caca-marba ini.

Ia selari dengan pesanan YDP PAS Kawasan kelmarin ketika melancarkan Gerak Kerja Pilihanraya di Pusat Bandar Puchong; jangan ada rasa riak dalam perjuangan kelak orang ramai akan beranggapan bahawa kita adalah jenis yang tidak baik; yang tidak dapat diharapkan menterjemah harapan dan dambaan mereka dalam politik tanah air.

Sebenarnya, rencah politik di Puchong ini teman dah lalui sejak zaman reformasi, apabila Anwar dilucutkan jawatannya, ditahan secara gestapo oleh anggota UTK di rumahnya, kemudian digedebik oleh KPN setengah mati ketika dalam tahanan di bawah tanah Bukit Aman; telah berjaya menggerakkan kesedaran ramai tentang kezaliman pemerintah yang telah lama berakar secara diam, tetapi cukup mengancam.

Di luar teman ikut terlibat dengan gerakan reformasi itu dengan turut serta dalam kebanyakan demonstrasi pada setiap Sabtu di Kuala Lumpur. Kemuncaknya adalah di Lebuhraya KESAS dekat tol di Jalan Kebun apabila ribuan kenderaan tersekat di mana demonstrasi diadakan - sebaik kami (Hj Suri meletakkan Mercedes beserta Abang Zali dengan vannya dan teman dengan Wira) menyekat laluan kenderaan yang menghala ke Shah Alam dari pelabuhan.

Di Puchong, teman turut menghadapi situasi merimaskan apabila 10 bulan permohonan keahlian PAS teman dipengap oleh PAS Kawasan atas alasan teman 'membahayakan' gerakan Islam di sini. Puncanya, apabila teman berjaya menggerakkan 5-6 orang kawan gedebe (ada yang kaki samseng. Ramai yang melihatnya sebagai pelik!) untuk bersama PAS menaikkan bendera paling besar di tepi Lebuhraya LDP - di pinggir Kampung Seri Puchong.

Bendera bersaiz 7' x 12' itu teman cantumkan kain tidak cukup bidang bersama isteri yang telah sekian lama tidak menyentuh mesin jahitnya di rumah. Merungut-rungut dia kerana kerja remeh dan susah itu. Namun berkat kesabaran bendera itu berjaya kami naikkan di penjuru rumah arwah Haji Mat Noor dengan menggunakan tiang setinggi 40 kaki.

Bendera besar PAS - lambang kemegahan!

"Ooo... kita berjuang bukan dengan bendera," jebik mereka yang berkenaan di PAS Kawasan. Dan... dalang berasa selesa apabila permohonan & sijil keahlian teman itu terus dipengapkan.

Namun alhamdulillah, arwah Hj Sani bekas calon PAS di PRU90 yang hanya mendapat 259 undi dan 1,600 undi pada PRU95 meminta teman isikan borang lain untuk beliau bawa terus ke ibu pejabat PAS. Sekejapan, ia lulus - no. ahli 622865 (daftar terus - ada 2 keping sijil ahli!) dan satu lagi sijil teman dengan no. ahli 566025 melalui PAS Kawasan.

Pada waktu itu Puchong, Serdang dan banyak kawasan lain adalah sinonim dengan totok umno/bn. Orang ramai, usahkan untuk memasang bendera PAS di rumah - di pokok yang jauh dari rumah pun mereka tidak berani. Akan ada 'kaki pukul' umno yang sedia bertindak pada bila-bila masa sahaja.

Kesan daripada bendera besar itu kemudiannya, nampak ketara sekali perubahan dan penerimaan ramai terhadap PAS. Tanpa sedar merecup-recup naik bendera PAS di serata pokok di merata-rata jalan kampung. Kemudian sudah ada yang berani mengibarkan bendera di kereta masing-masing (menjelang pilihanraya 1999). Di beberapa buah rumah, termasuk rumah panjang di tepi Mesjid Al-Istiqomah juga sudah mula terpasang bendera bertuah itu. Juak-juak umno mula tenggelam punca dan merah muka.

Apabila bendera besar di tepi lebuhraya itu berkibar megah - ia telah menarik perhatian mereka yang lalu di sepanjang lebuhraya itu. Maka mencurah-curah datang ucapan tahniah dari PAS Kawasan lain - sejauh Kedah ke PAS Kawasan Puchong. Orang ramai semakin menunjukkan penerimaan mereka. Kemudian, baru PAS Kawasan sedar bahawa kewujudan bendera itu membawa impak besar dalam perjuangan.

Kegetiran yang sama berulang - bukan 10 tahun kemudian, tetapi 13 tahun apabila teman baru berjinak-jinak dengan PAS Kawasan apabila dilantik menjadi Ketua Gerak Saraf pada Mac 2011. Nama teman kembali didaftarkan oleh Setiausaha ke paspuchong-net@yahoogroups setelah menyepi lebih 10 tahun (sebenarnya ada cubaan menyisihkan teman di waktu itu dari PAS Kawasan. Puncanya... perlukah dijelaskan?

Banyak pihak, sama tidak senang atau tidak bersedia menerima corak atau cara pendekatan teman dalam perjuangan. Orang perjuangan tidak mengambil banyak masa dalam melaksanakan sesuatu misi - tidak bersedia dengan perkara remeh-temeh atau dengan fe'el lebih banyak bercakap daripada bertindak.

Pertama sekali melalui mailing-list berkenaan teman tegur tentang kecenderungan untuk mengubah kepimpinan PAS Kawasan oleh pihak-pihak oportunis yang ada dalam parti di sebelah sini. Bacaan yang dapat dibuat ialah kerana mereka hanya mendambakan kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang; menjadi calon dan mengaut habuan tersedia kepada penyokong sekiranya usaha mereka itu berjaya. Maka agendanya adalah 'Maukan perubahan!' Untuk apa atau perubahan dalam bentuk apa, teman sendiri pun tidak pasti?

Kesannya tetap ada apabila perhimpunan berlangsung, kumpulan yang mahukan perubahan itu kalah teruk. Cuma ada dua orang juak mereka yang berjaya meletakkan diri ke dalam saf pimpinan sebagai AJK. Pesaing jawatan utama - YDP dan Timbalan YDP serta Naib Presiden kecundang; pun ada tuduhan kononnya, peti undi itu tidak diawasi oleh mereka yang berwibawa - macam PRU pula!

Timbalan YDP dan YDP - Ust Soffiean Ismail

Kesannya, mungkin sudah ada yang mula membuka mata dengan kelancangan teman menulis dalam mailing-list berkenaan. Pada masa yang sama teman menegur apa yang patut ditegur sikap dan keadaan dalam parti yang didapati tidak kena dengan corak dan kewajaran gerakan Islam. Kali ini golongan yang mungkin merasai diri mereka itu rabai (seperti dalam agama Yahudi), pendeta (agama kuno) dan ustaz dalam PAS yang tidak menjaga adab ketika berkhalayak.

Kesannya, ia sama seperti mencetuskan bunga api ke atas minyak yang sedang mula terpanas. Dengan hanya sedikit 'spark' ia sudah mula dan mudah meletus. Maka timbul beberapa polemik kepartian di atas ketidak-sediaan mengubah status-quo yang ada; sifat keterbiasaan! Ada sesetengahnya yang berasakan bahawa merekalah yang paling banyak berjasa terhadap parti. Jadi, siapalah teman untuk menegur!

Seorang ketua kampung melenting, diikuti ketua IT yang sudah berani mempersoalkan gerak kerja teman dalam parti - kerja-kerja sensitif (gerakan propaganda dan bawah tanah). Ia adalah di luar bidang kuasa mereka dan secara eksklusif berada di bawah budi bicara teman dalam menentukan cara dan corak ia hendak dilaksanakan.

Ini teman pelajari ketika zaman belum merdeka (1955/6), ketika Inggeris sibuk memerangi gerila komunis ketika era kemerdekaan sudah berada di depan pintu. Hampir setiap minggu (di kampung teman - Perak) Inggeris menaburkan risalah dengan kapal terbang yang menyeru agar 'pengganas' komunis yang bergerak cergas di dalam hutan itu menyerah diri.

Namun selang 2-3 hari kemudian, pihak komunis menyebarkan risalah tentang perjuangan 'murni' mereka dalam membebaskan tanah air ini daripada cengkaman penjajah - sebagai jawapannya. Sebaik bangun tidur, risalah sudah bertebaran di serata laman rumah - dan sebagai kanak-kanak, teman mengutipnya jadi bahan koleksi (tanpa mengerti apa-apa sebab masih belum bersekolah dan tidak tahu membaca!). Hanya ayah yang membacakan isi kandungannya - yang didapati memang murni tujuan perjuangan mereka itu - membebaskan tanah air (Ia berkait rapat dengan kepalsuan yang ada di sebalik pengisytiharan Undang-undang Darurat, Jun 1948 itu).

Pada masa itu PAS Kawasan ini memang dilihat sebuah gerakan Islam yang santai dan sambil-lewa dalam perjuangan. Ini teman perhatikan sejak mula mendekatinya. Dalam banyak keadaan teman dan beberapa orang kawan menjadi sukar dalam mengetengahkan agenda pembelaan dalam urusan penduduk. Malahan dalam setiap mara-bencana; banjir, umpamanya yang melanda penduduk Kampung Seri Puchong - pernah 9 kali dalam setahun (1997) PAS Kawasan seakan-akan tenggelam punca!

Seterusnya, PAS didapati kelu apabila berhadapan dengan tindakan serakah umno/bn di dalam kampung - dari segi penipuan dan tindakan khianat - songlap wang bantuan banjir, bayaran sukat tanah dan masalah geran. Untuk mendapatkan sesuatu keputusan kita kena tunggu 2-3 minggu sebelum PAS Kawasan dapat bermesyuarat - itupun teramat payah untuk menyatakan keputusan yang maksudnya terarah kepada 'ya'!

Pada masa yang sama penduduk di 7 kampung tradisi Puchong ini dihadapkan dengan ketidak-adilan sikap juak-juak dan pemuka umno, menekan dan mengambil kesempatan terhadap orang ramai, masalah sosial yang membarah dan tidak terbendung di kalangan remaja serta sikap tidak bertanggungjawab majlis perbandaran yang mula ghairah mengenakan penduduk kampung - cukai pintu! Ia direstui umno kerana peluang 'makan' yang ada di dalamnya. Kemudiannya, timbul pula isu perampasan mesjid oleh umno melalui JAIS. Dan... PAS jelas nampak terkapai-kapai.
 

Popular Posts

Cloud