AMANKU  SELAMA DI RAGAJATI
      Pengalamanku selama mengikuti pencaksilat tenaga dalam ini sangat banyak,..!! mungkin pengalaman q ini adalah secuplik  kekuasaan allah SWT yang sangat luarbiasa yang telah di berikan kpdaku...q akan ber cerita sedikit pengalamanku...



  
       Pda suatu sore q keluar sendirian biasanya q klau kluar ma tmen tpi entah kmpa pda hri itu rsax q pngen jluar sndri , pda saat itu q kluar naek speda motor , tpi hari itu q kluar tanpa tujuan mau kmna , q pun muter2  d CEPU pda saae itu q berfikiran untuk maen d rmah tmen q yang rmahx PADANGAN. Qpun berangkat kesana pda saat q d jlan q menyelip orang naek mtor yang berboncengan 3 , tpi jyajnya orang itu lgi mabuk krna menyetir mtornya agak sleoran,dengan prasaan biasa q tyus jlan agi tpi tba2 orang yg q selip tdi berada  di smpung q, q kget krna orang itu tba2 menyuruh q bergebti , qpun berhenti,,
"kmudian orang itu bcra.:
" heh ..!! tdi u za yang menyerempet mtor q za.??,,
"qpun jwb>>! ngk maz wong tdi ja q nyelip maz jraknya agak jauh..
tpi orang2 itu tdak prcya ma q,,,dab secara langsung 3 orang tdi memukul q, tpi kekuatan allah dan allah mcih mlindungi q,,,, q di pukuli orang2 itu tdak apa2 sbab pda saat stiap orang itu memukul q psti tdak kna dan orang itu terpental jauh..orang2 itupun mengambil kayu untuk mkul q,,, pda saat mau dpkulkan q q reflek dan orang itu q pkul pkek jrus ragajati, dan orang itu terpental jauh,,,
mrekapun mkin emosi dan menyerang q secara bersamaan dan q kunci pkek kunci gaeb... mrekapun jtuh dan tdak bsa berdri,, stlah sktar 10 mnit dia mnta ampun kpdaku, sebab mreka tdak nsa berdri sperti orang lumpuh,,, qpun kasian padanya qpun lpaskan kunci gaeb q,,, diapun mnta maaf kpdaku.. qpun prgi dan tdk jdi krmah tmen q,,,
"<< di jln qpun mcih tdak prcya klau q slmat dri ancaman maut tdi,,

         Dab q skrang mkin prcya oleh adanya allah dan kekuatan allaj SWT,,,,
Dmikianlah pengalaman q d dlm persiltan ragajati.....
          
                ,,,JAYALAH PERSILATAN RAGAJATI,,,

'A Wild Exaggerated Story!'

Najib: Rosmah shopping spree...


Masih belum puas...

Rosmah was said to have spent around A$100,000 on designer clothes at a Sydney boutique. — File picRosmah was said to have spent around A$100,000 on designer clothes at a Sydney boutique. — File picKUALA LUMPUR, Feb 2 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has dismissed reports that his wife Datin Seri Rosmah Mansor had spent RM325,000 on a shopping spree in Sydney recently.

“It was a wildly exaggerated story deliberately fabricated to affect people’s perception of their leaders,” he said in a posting on his official Twitter account last night.

He was responding to a question from one of his followers about recent reports from Australia that Rosmah’s estimated bill for designer label clothing by Carl Kapp was around A$100,000 (RM323,000).

Rosmah had also earlier denied claims she had spent the amount at the Sydney boutique.

She had said she was the victim of “wildly exaggerated” allegations, published by the Sydney Morning Herald.
The paper’s columnist Andrew Hornery had written an article calling Rosmah the “first lady of shopping.”

Rosmah was forced to fend off the accusations of lavish spending in Sydney, just six months after being embroiled in controversy over allegations that she had bought a US$24 million ring.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz was compelled to tell Parliament last October that no payment had been made on a US$24 million (RM77 million) ring linked to the prime minister’s wife.
The Minister in the Prime Minister’s Department said then that the Royal Malaysian Customs confirmed that the ring was “returned” after “a few days” to the company that owns it.

Najib denied on August 21 that his wife bought the diamond ring or that his Kazakhstan in-laws are linked to the “Russian mafia” as reported by Indonesia’s top-selling daily, Kompas.

Kompas had subsequently apologised to the prime minister for its August 4 report but mystery remains as to why the ring from New York jeweller Jacob & Co. was addressed to Datin Seri Rosmah Mansor, according to pictures widely circulated on the Internet.

Questions had arisen as to whether Rosmah’s name had been used without her knowledge by criminal elements as part of their illegal activities. To date, the government has yet to identify who brought the ring into Malaysia.

Rosmah has faced repeated allegations that she has a penchant for a lavish lifestyle ever since it became apparent that Najib would succeed Tun Abdullah Badawi as prime minister.

Sydney-based Kapp clarified last week that he had never specified the amount spent in his store by Rosmah and her entourage.

The South African-born Kapp acknowledged that the prime minister’s wife had visited his store in Paddington, Sydney as published recently in the Sydney Morning Herald.

Rosmah had also dismissed claims of extravagant spending during her recent holiday in Sydney.

Several bloggers picked up the Sydney Morning Herald report that Rosmah had allegedly dropped an estimated RM325,000 in fashion designer Carl Kapp’s boutique during a private holiday a month ago.

The paper reported Kapp as telling its ‘Private Sydney’ section that Rosmah “was absolutely gracious and very easy to deal with”, adding that she was nothing like the woman often portrayed by the local media for her extravagant lifestyle.

It was said that Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limousine, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of “toiles” for Rosmah to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants, and tops.

Rosmah Mansor: The Behind Story

Wanita kuat melaram

Rosmah Mansor was brought up in Seremban, Negeri Sembilan. She had secondary education in Tunku Kurshiah College (TKC), Seremban, Negeri Sembilan. She was touted to have excellent grades and a stellar co-curricular performance. Rosmah Mansor holds a Bachelor’s Degree in Sociology and Anthropology from University Malaya and a Masters Degree in Sociology and Agriculture from Louisiana State University of the United States of America. Both her parents were educators. Her mother hails from Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan. She later worked as an executive with Bank Pertanian and subsequently as a business development manager with Island and Peninsular Bhd, a property developer company.

She married Dato' Seri Najib Tun Razak in 1987 and the couple has two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya (first marriage), and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik.
Memiliki koleksi barang perhiasan yang tidak terhingga

Rosmah has been the subject of "anonymous assaults" in the Malaysian FACEBOOK and blogosphere, with critics focusing on her alleged reputation as a spendthrift and dominance over Najib's political and social agenda. She has been photographed with designer handbags and expensive jewelry, which have drawn outrage among opposition politicians.

Rosmah is said to wield huge political power during her husband's term as prime minister, including spending government money on projects and controlling media coverage of politicians. She is also accused of being involved in the murder of Shaariibuugiin Altantuyaa and Anwar Ibrahim's second sodomy accusation, two highly controversial issues in Malaysia.

Kenapa Bersungguh2 Nak Rebut Putrajaya?

Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?



"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.



Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!



Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

Pembunuhan Altantuyaa: Wajarkah Rakyat Menutup Kes ini?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
*  Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
*  Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
*  Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!

Komen: Tajuknya cukup mengkagumkan, isi awal juga serasa mengancam namun di akhirnya 'penekanan' terhadap kesungguhan merebut Putrajaya itu jadi hambar; lebih kepada kebobrokan pemimpin zalim yang disokong kebanyakan mereka yang berkepentingan.

Injil Barnabas - asli.

... Maha Suci Allah.. DI TEMUKANNYA INJIL ASLI DI TURKI ...




Bismillahir-Rah maanir-Rahim ...
Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Jesus (Isa Al-Masih).

Hal ini tentu saja bisa mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatican itu sendiri. Sebagaimana yang diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahawa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih daripada 12 tahun, dan baru sekarang baru dibenarkan untuk pengetahuan umum. Lembaran-lembaran kulit haiwan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, iaitu bahasa yang sama seperti bahasa umum yang digunakan pada masa Jesus Isa Al-Masih.

Pemerintah Turki menyakini bahawa kitab kulit haiwan tersebut adalah Injil Barnabas original. Apa yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli - asal Turki tersebut menyatakan bahwa 'Jesus tidak pernah disalib', dan terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahawa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Zaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki itu. Berikut ini ialah terjemahannya; "Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari syurga, (dan) ketika Adam berbalik, dia melihat bahawa di atas pintu gerbang ke syurga tertulis "La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah". Kitab yang masih menjadi perdebatan itu dimaklumkan kini tersimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polis bersenjata lengkap dan tahap keamanan yang maksimum.

Pihak Iran melalui Basij Press menyatakan bahawa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walaupun jelas begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen dari berbagai jamaahnya telah menyatakan bahawa Kitab Barnabas itu amat diragui kebenarannya (keotentikan).

Walaupun begitu pihak Vatican adalah lebih - telah mengajukan permohonan rasmi kepada pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab penuh kontroversi itu.

Para agamawan menyatakan bahawa jika Al-Kitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rosaknya kredibiliti pihak gereja, dan bakal menimbulkan revolusi agama Nasrani secara besar-besaran di seluruh Dunia. Tentu saja penemuan itu cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahawa Benua Amerika pertama kali ditemukan oleh para pelaut di era kecemerlangan Islam.

Wallahu a'lam bish-shawab ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ....

Dari Sahabat Untuk Sahabat ... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci. Semoga ia bermanfaat dan penuh kebarokahan daripada Allah swt.

BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI
----------------------------------------------------------------------------------------------
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahum ma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ...

Syiah: Pale Hatuk Deme!

'Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.'(QS. al-An'am: 116)


Asbabun Nuzul ayat ni, ketika kaum Muslimin di Madinah adalah kaum minoriti, di mana majoritinya adalah kaum kuffar, majusi, yahudi dan nasara.

Syiah berasakan dirinya lebih Islam daripada saudara Islam yang lain sehinggakan darah Sunni adalah halal dan hartanya jua halal untuk dirampas. Hatta anak orang lain halal dimutaahkan, tetapi anak sendiri haram jika ada sesiapa yang ingin bermutaah!

'Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.' (QS. al-An'am: 37)

"Maka bertanyalah pada ahli zikri jika kamu tidak mengatahui.  (An Nahlu ayat 43)

'Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.' (QS. ar-Ra'd: 1)

"Dan di kalangan manusia mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat walhal mereka tidak beriman."
"Mereka hendak menipu Allah dan org beriman walhal mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar."
"Dalam hati mereka ada penyakit dan Allah tambah kan lagi penyakit didalam hati mereka"
"Dan bagi mereka azab yg pendih dgn apa yg mereka dustakan" - awal surah Al-Baqarah.

'Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur.' (QS. Saba: 13)

Zaid bin Aslam menafsirkan ayat "Laallakum tashkurun" dengan menukilkan sebuah kisah Nabi Musa as yang bertanya kepada Allah tentang erti syukur. Maka Allah berfirman kepada Musa as.

"Ukhruj min Nafsika taal Huna."

"Keluarlah engakau dari kedirian, maka marilah ke sini" - tafsir Jalallain

Malangnya Syiah tidak begitu, Syiah adalah begini perilakunya:

"Ya Hussain, ya Hassan, ya Ali, ya Fatimah, ya Zainab", sedangkan Allahnya di mana?

'Dan tidaklah beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit.' (QS. Hud: 40)

Surah Al-Waqiah. ayat 39-40;

"Ramai dari golongan awal dan ramai juga dari golongan akhir."

Apakah yang puak syiah mampu jawab tentang ayat ni? Jangan dibaca Al-Quran untuk menyokong puak syiah saja. Sila baca hadis daripada riwayat Aisyah r.a. (Oo... ya, mungkin ditolak oleh puak syiah akan riwayat daripada Ummul Mukminin itu kerana mereka telah mengatanya dengan kata-kata yang tidak selayaknya) tentang orang-orang yang menafsirkan Al-Quran mengikut nafsu dan akal fikirannya. fahuwa raad.

Sects In Islam

Sejarah Penipuan Wahhabi!

Baca ni baik-baik wahai pentaksub Wahhabi


Menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame, iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason (Yahudi) mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi pengganas pada era abad ke-20. Namun sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 di mana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki, iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain.

Menurutnya polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara 'Pecah dan Perintah' (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/836/hamfar.jpg/][img]http://img836.imageshack.us/img836/6526/hamfar.jpg[/img][/URL]

Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati daripada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri oleh akhbar Jerman yang berjudul 'Spiegel'. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemahkan dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ buat menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajaan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat di kalangan wanita Islam.

Namun strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah dengan menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan itu berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” perlu disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat 'fanatik' dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, didapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa sambil menyeru kepada persaudaraan sesama Islam.

Membunuh sesama Muslim adalah dilarang sama sekali.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/850/sultann.jpg/][img]http://img850.imageshack.us/img850/6296/sultann.jpg[/img][/URL]

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaannya

Bagaimanapun, sebagai sebahagian dari strategi 'Pecah dan Perintah' mereka, British amat berharap agar masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka mendapati ialah dengan mencari ruang dalam undang-undang Islam bagi membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.

Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah instrumen yang paling sesuai untuk digunakan mereka membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik bagi pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap tentang soal undang-undang Islam di tengah masyarakat Islam.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/62/baqibw.gif/][img]http://img62.imageshack.us/img62/3963/baqibw.gif[/img][/URL]

Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.

Syeikh Ibn Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Ibn Wahab adalah kambing hitam. Arab yang ditangkap British; kemudian ditutup matanya lalu diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilemparkan ke tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Menariknya, gerakan Wahabi itu menyusup terlalu cepat seolah-olah diarah oleh suatu kuasa dari belakang. Syeikh Ibn Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya 'bida'ah'. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang cukup menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas sebaik tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.
Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada tahun 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saud al-Faisal I. Gerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi berlaku pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara di bawah kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada tahun 1932.

Satu tahun kemudian, dalam tahun 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan 'anjing salakan' yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila British Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit diubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatuskan pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi di kalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama-ulama boneka Wahabi.
Kontraktor-kontraktor boneka mula diperanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya dalam pembinaan Mesjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian berkaitan. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai sesuatu projek mempromosikan aktiviti[b] “Bunuh Diri Untuk Agama”[/b] di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah dengan menjadikan orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh yang datang dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam itu adalah Osama anak kepada Laden.
[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/853/osamao.jpg/][img]http://img853.imageshack.us/img853/2603/osamao.jpg[/img][/URL]

Osama yang berfahaman Wahabi tahukan strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat dia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000.

Kenapa kumpulan mujahidin di Afghanistan senang sekali menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia waktu itu. Cuma apa yang menyedihkan ialah pasukan mujahidin yang berhati mulia di sana itu tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon handalan keluaran Freemason, iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild.

Matlamat tercapai; untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos pembinaan mesjid di seluruh Arab Saudi.

Dalam tahun 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik sebagai perbincangan tentang peranan beliau dalam agenda [i]One World Government[/i] sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka dalam rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel [b]David Livingstone[/b], penulis buku The [b]Dying God: The Hidden History of Western Civilization[/b]

[url]http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/wahabi-tali-barut-british-freemason.html[/url]

[url]http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/wahabi-tali-barut-british-freemason_27.html[/url][/quote]

Asal-usul Wahhabi: dari Yahudi

Berikut ini adalah fakta tentang kebejatan Wahhabi daripada angkara Yahudi laknatullah. Itu jua yang dilakukan terhadap agama Nabi Isa a.s melalui perencanaan jahat Paulus, si pendeta Yahudi.

Agak malang ramai yang terperangkap dek perancangan jahat melalui agenda merosakkan Islam dari dalam Islam itu sendiri.

http://www.youtube.com/watch?v=ywvMFQ0Is84[/quote]

Sejarah Kebangkitan Kerajaan As Sa'ud dan Wahabi. Kenali Siapa Mereka? Elok dibuat sedikit penyelidikan dari segi sejarah dan pandangan ulama tentang hal ini...




Menari2 dalam Keadaan Berzikir

Beginikah apa yang dikatakan sebagai pengalaman kerohanian?




Ada atau tidak nukilan dari mana-mana sahabat atau Nabi saw yang meriwayatkan kejadian seperti initerjadi pada mereka?



Bolehkah dilakukan zikrullah secara menari-nari?

SOALAN : Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?

SELESAI satu ceramah di masjid kami, dalam isu zikrullah ada seorang bertanya penceramah, bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam bekhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarikat sufi. Penceramah tersebut secara spontan menjawab: Rasa saya itu adalah haram, mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian, tarian itu haram.” Kami menjadi keliru, minta pandangan Dato', terima kasih.

JEMAAH RAGU,
Sepang

JAWAPAN (Jawapan Dato’ Dr Harun Din):

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepada pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SBT berfirman (mafhumnya):
“Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah ar-Rad, ayat 28 )

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Qorin, iaitu si kembar manusia

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin.
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!

Read more: http://www.xlupa.com/2013/01/cara-nak-melihat-kembar-ghaib-kita-qarin.html#ixzz2IRGnfmXh

Air Tangan Orang yang tak Solat!

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki itupun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki itupun runsing.

Dia sudah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah dibuat, tapi cuma kena denda (dam) atau sedekah.

Kalau di zaman Nabi Musa a.s, barang siapa yang bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina daripada air kencing anjing hitam! Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi! Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tidak uzur sekalipun), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tetapi lain pula halnya dengan kita. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat itu hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as sahaja.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir; batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

_________________

NuffnangX best 4 blogger!!

Kisah Penciptaan Nur Muhammad

Sekadar Untuk Makluman; drp Nur Muhammad inilah punca segala kejadian di alam ini.


Penciptaan Nur Muhammad

Pada suatu hari Sayidina Ali, karamallahu wajhahu, menantu Nabi Suci SAW bertanya,

"Wahai (Nabi) Muhammad, kedua orang tuaku akan menjadi jaminanku, mohon katakan padaku apa yang diciptakan Allah Ta’ala sebelum semua makhluk ciptaan?"

Beliau menjawab: "Sesungguhnya, sebelum Rabbmu menciptakan lainnya, Dia menciptakan dari Nur-Nya nur Nabimu."

Di Hadist yang lain, yang diriwayatkan dari Abdurrazaq ra yang diterimanya dari Jabir ra, bahwa Jabir pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepadaku, apakah yang mula-mula sekali Allah jadikan?".

Rasulullah saw menjawab : "Sesungguhnya Allah ciptakan sebelum adanya sesuatu adalah nur Nabimu dari Nur-Nya."

Nur Muhammad itu sudah ada sebelum adanya segala sesuatu di alam ini. Nur Muhammad dianugerahi tujuh lautan: Laut Ilmu, Laut Latif, Laut Pikir, Laut Sabar, Laut Akal, Laut Rahman, dan Laut Cahaya.

Dia kemudian membagi Nur ini menjadi empat bahagian; dari bahagian pertama Dia menciptakan Pena. Dari bahagian kedua lawhal-mahfudz, dari bahagian ketiga, ‘Arsy'.

Kini telah diketahui bahwa ketika Allah swt menciptakan lawhal-mahfudz dan Pena. Pada pena itu terdapat seratus simpul, jarak antara kedua simpul adalah sejauh dua tahun perjalanan. Allah swt kemudian memerintahkan Pena untuk menulis, dan Pena bertanya, "Ya Allah, apa yang harus saya tulis?"

Allah berfirman, “Tulislah : la ilaha illallah,Muhammadan Rasulullah”.

Atas itu Pena berseru, "Oh, betapa sebuah nama yang indah, agung Muhammad itu bahwa dia disebut bersama Asma Mu yang Suci, ya Allah".

Allah kemudian berfirman, "Wahai Pena, jagalah kelakuanmu! Nama ini adalah nama Kekasih-Ku, dari Nurnya Aku menciptakan ‘Arsy dan Pena dan lawhal-mahfudz; kamu, juga diciptakan dari Nurnya. Jika bukan kerana dia, Aku tidak akan menciptakan apapun”.

Ketika Allah SWT telah mengatakan kalimat tersebut, Pena itu terbelah dua kerana takutnya kepada Allah, dan tempat dari mana kata-katanya tadi keluar menjadi tertutup/terhalang, sehingga sampai ke hari ini ujungnya tetap terbelah dua dan tersumbat, sehingga ia tidak menulis, sebagai tanda dari rahasia Ilahiah yang agung.

Kemudian Allah memerintahkan Pena untuk menulis "Apa yang harus saya tulis, Ya Allah?" bertanya Pena. Kemudian Rabb al Alamin berkata, "Tulislah semua yang akan terjadi sampai Hari Pengadilan!”.

Berkata Pena, "Ya Allah, apa yang harus saya mulai?". Berfirman Allah, "Kamu harus memulai dengan kata-kata ini: Bismillah al-Rahman al-Rahim."

Dengan rasa hormat dan takut yang sempurna, kemudian Pena bersiap untuk menulis kata-kata itu pada Kitab (lawh al-mahfudz), dan dia menyelesaikan tulisan itu dalam 700 tahun.

Ketika Pena telah menulis kata-kata itu, Allah SWT berfirman "Telah memakan 700 tahun untuk kamu menulis tiga Nama-Ku; Nama Keagungan-Ku, Kasih Sayang-Ku dan Empati-Ku. Tiga kata-kata yang penuh barakah ini saya buat sebagai sebuah hadiah bagi ummat Kekasih-Ku Muhammad. Dengan Keagungan-Ku, Aku berjanji bahwa bilamana abdi manapun dari ummat ini menyebutkan kata Bismillah dengan niat yang murni, Aku akan menulis 700 tahun pahala yang tak terhitung untuk abdi tadi, dan 700 tahun dosa akan Aku hapuskan.”

“Sekarang (selanjutnya), bahagian keempat dari Nur itu Aku bagi lagi menjadi empat bahagian: Dari bahagian pertama Aku ciptakan Malaikat Penyangga Singgasana (hamalat al-’Arsy); Dari bahagian kedua Aku telah ciptakan Kursi, majlis Ilahiah (Langit atas yang menyangga Singgasana Ilahiah, ‘Arsy); Dari bahagian ketiga Aku ciptakan seluruh malaikat (makhluk) langit lainnya.”

“Kemudian bahagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian: dari bagian pertama Aku membuat semua langit, dari bagian Kedua Aku membuat bumi-bumi, dari bagian ketiga Aku membuat jinn dan api.”

“Bahagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian : dari bagian pertama Aku membuat cahaya yang menyoroti muka kaum beriman; dari bagian kedua Aku membuat cahaya di dalam jantung mereka, merendamnya dengan ilmu ilahiah; dari bagian ketiga cahaya bagi lidah mereka yang adalah cahaya Tawhid (Hu Allahu Ahad), dan dari bagian keempat Aku membuat berbagai cahaya dari ruh Muhammad SAW”.

Ruh yang cantik ini diciptakan 360,000 tahun sebelum penciptaan dunia ini, dan itu dibentuk sangat (paling) cantik dan dibuat dari bahan yang tak terbandingkan. Kepalanya dibuat dari petunjuk, lehernya dibuat dari kerendahan hati. Matanya dari kesederhanaan dan kejujuran, dahinya dari kedekatan (kepada Allah). Mulutnya dari kesabaran, lidahnya dari kesungguhan, pipinya dari cinta dan kehati-hatian, perutnya dari tirakat terhadap makanan dan hal-hal keduniaan, kaki dan lututnya dari mengikuti jalan lurus dan jantungnya yang mulia dipenuhi dengan rahman.

Ruh yang penuh kemuliaan ini diajari dengan rahmat dan dilengkapi dengan adab semua kekuatan yang indah. Kepadanya diberikan risalahnya dan kualiti kenabiannya dipasang. Kemudian Mahkota Kedekatan Ilahiah dipasangkan pada kepalanya yang penuh barokah, masyhur dan tinggi di atas semua lainnya, dihiasi dengan Redha Ilahiah dan diberi nama Habibullah (Kekasih Allah) yang murni dan suci.

Kemudian Allah SWT menciptakan sebuah pohon yang dinamakan Syajaratul Yaqin. Tangkainya berjumlah empat. Kemudian diletakkanlah Nur Muhammad pada pohon tersebut. Namun, kehadiran Nur Muhammad, itu membuat pohon bergetar hebat hingga berubah menjadi permata putih. Sedangkan Nur Muhammad memuji bertasbih ke hadirat Allah Ta’ala 70,000 tahun lamanya. Pada permata tersebut, Nur Muhammad mencuba untuk bercermin. Wajahnya begitu indah dilihat. Bentuknya seperti burung merak, dan pakaiannya demikian indah. Dihiasi dengan berbagai perhiasan. Kemudian dia melakukan sujud lima kali.

Allah SWT melihatnya, membuatkan Nur tersebut merasa malu dan takut. Lalu keluar keringat dari kepalanya. Dari keringat tersebut Allah SWT menciptakan nyawa malaikat. Dari keringat wajahnya, diciptakanlah nyawa ‘Arsy, matahari, bulan, bintang, dan apa-apa yang ada di langit. Keringat dadanya menjadi bahan untuk menciptakan nyawa para rasul, nabi, wali, ulama, dan orang orang yang soleh. Adapun keringat yang muncul dari keningnya, diciptakanlah nyawa orang-orang mukmin dari kalangan umat Nabi Muhammad saw. Dari keringat kedua telinganya, diciptakan oleh Allah SWT nyawa orang-orang Yahudi, Nasrani, dan orang-orang kafir, dan sesat. Sedangkan keringat kakinya di antaranya yang menjadi isi bumi.
Pada waktu selanjutnya Allah SWT menciptakan lentera akik yang merah yang cahayanya menembus ke dalam dan keluar. Lalu Nur Muhammad dimasukkan ke dalam lentera tersebut. Berada di dalamnya dalam posisi berdiri. Sementara nyawa-nyawa yang sudah tercipta berada di luar. Seluruhnya membaca "Subhanallaahi wal hamdulillaahi wa laa ilaaha illallaahu wallahu akbar". 1,000 tahun lamanya nyawa-nyawa itu diperintahkan Allah SWT untuk melihat ke diri Nur Muhammad.

Nyawa yang berhasil melihat kepala Nur Muhammad, maka ia akan ditakdirkan menjadi pemimpin/penguasa. Siapa yang melihat ubun-ubunnya, itulah mereka yang akan menjadi guru/pendidik yang jujur. Siapa yang melihat matanya, ia akan menjadi hafidz (penghapal Al Quran).

Mereka yang memandang telinganya akan menjadi mereka yang menerima peringatan dan nasihat. Adapun yang bisa melihat hidungngya, mereka itu akan menjadi ahli bicara atau doktor. Sedangkan mereka nyawa-nyawa yang berhasil melihat bibir Nur Muhammad, ia akan ditakdirkan menjadi seorang menteri. Nyawa yang melihat bahagian giginya maka wajahnya kelak akan cantik rupawan, mana yang bisa melihat lidahnya, akan jadilah utusan/duta raja-raja. Apabila yang dilihat lehernya, ditakdirkanlah menjadi orang berdagang dan usahawan.

Apabila tengkuk yang bisa dilihatnya, akan jadilah seorang tentera. Mereka yang berhasil melihat kedua lengan tangannya, maka akan jadi perwira. Jika siku kanannya yang dilihat, Allah SWT akan menjadikan dirinya berkehidupan dalam dunia tekstil, sedangkan kalau siku kirinya, ia akan menjadi orang yang pernah membunuh. Serta, jika dadanya yang berhasil dilihat, maka ia akan menjadi ulama yang disegani. Bila bahagian belakang, ia akan ditakdirkan menjadi para ahli sosial kemasyarakatan. Dan jika hanya bayangannya yang berjaya dilihat, maka ia akan menjadi orang yang berkecimpung dalam bidang seni.

Barang siapa melihat tenggorokannya yang penuh barokah akan menjadi khatib dan mu’adzin (yang mengumandangkan azan). Barang siapa memandang janggutnya akan menjadi pejuang di jalan Allah. Barang siapa memandang lengan atasnya akan menjadi seorang pemanah atau pengemudi kapal laut. Siapa yang melihat tangan kanannya akan menjadi seorang pemimpin, dan siapa yang melihat tangan kirinya akan menjadi seorang pembahagi (yang menguasai timbangan dan mengukur suatu kebutuhan hidup).

Siapa yang melihat tapak tangannya menjadi seorang yang gemar memberi; siapa yang melihat belakang tangannya akan menjadi kolektor. Siapa yang melihat bahagian dalam dari tangan kanannya menjadi seorang pelukis; siapa yang melihat ujung jari tangan kanannya akan menjadi seorang calligrapher, dan siapa yang melihat ujung jari tangan kirinya akan menjadi seorang yang pandai bertukang besi. Siapa yang melihat dadanya yang penuh barokah akan menjadi seorang terpelajar meninggalkan keduniaan (ascetic) dan berilmu.

Siapa yang melihat punggungnya akan menjadi seorang yang rendah hati dan patuh pada hukum syari’at. Siapa yang melihat sisi badannya yang penuh barokah akan menjadi seorang pejuang. Siapa yang melihat perutnya akan menjadi orang yang puas, dan siapa yang melihat lutut kanannya akan menjadi mereka yang melaksanakan ruku' dan sujud. Siapa yang melihat kakinya yang penuh barokah akan menjadi seorang pemburu, dan siapa yang melihat tapak kakinya menjadi mereka yang suka bepergian. Siapa yang melihat bayangannya akan mejadi penyanyi dan pemain saz (lute).

Semua yang memandang, tetapi tidak melihat apa-apa akan menjadi kaum tak beriman, pemuja api dan pemuja patung. Mereka yang tidak memandang sama sekali akan menjadi mereka yang akan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan, seperti Namrud, Firaun, dan sejenis dengannya.

Kini semua ruh itu diatur dalam empat baris. Di baris pertama berdiri ruh para nabi dan rasul, a.s, di baris kedua ditempatkan ruh orang suci, para sahabat, di baris ketiga berdiri ruh kaum beriman, laki-laki dan perempuan. Di baris ke empat berdiri ruh kaum tak beriman.

Semua ruh ini tetap berada dalam dunia ruh di hadhirat Allah SWT sampai waktu mereka tiba untuk dikirim ke dunia nyata. Tidak seorang pun tahu kecuali Allah SWT yang tahu berapa selang waktu dari waktu diciptakannya ruh penuh barokah Nabi Muhammad sampai diturunkannya dia dari dunia ruh ke bentuk fisiknya yang nyata itu.

Diceritakan bahwa Nabi Suci Muhammad SAW bertanya kepada malaikat Jibril, "Berapa lama sejak engkau diciptakan?" Malaikat itu menjawab, "Ya Rasulullah, saya tidak tahu jumlah tahunnya, yang saya tahu bahwa setiap 70,000 tahun seberkas cahaya gilang gemilang menyorot keluar dari belakang kubah Singgasana Ilahiah: sejak waktu saya diciptakan cahaya ini muncul 12,000 kali."

"Apakah engkau tahu apakah cahaya itu?" bertanya Nabi Muhammad SAW

"Tidak, saya tidak tahu," berkata malaikat itu.

"Itu adalah Nur ruhku dalam dunia ruh, jawab Nabi Suci SAW”.

Pertimbangkan kemudian, berapa besar jumlah itu, jika 70,000 dikalikan 12,000!

Catatan:

Ada beberapa kalangan ummat Islam mempersoalkan konsep Nur Muhammad (Cahaya Muhammad atau Ruh Muhammad) sebagai suatu konsep yang tidak memiliki dasar dalam ‘aqidah Islam. Padahal, berdasarkan data-data yang kuat, konsep Nur Muhammad adalah suatu konsep ‘aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah yang diterima dan diakui oleh ijma’ (sepakat) ulama ilmu kalam dan ulama’ tasawwuf dalam kurun waktu yang panjang, sebagai suatu konsep yang memiliki sumber dalilnya dari Qur’an dan Hadits Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam.

Konsep ‘aqidah Nur Muhammad salallahu ‘alayhi wasallam menyatakan antara lain bahawa cahaya atau ruh dari Nabi Besar Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam adalah makhluk pertama yang diciptakan Sang Khaliq, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang kemudian darinya, Dia menciptakan makhluk-makhluk lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sebagai Nuur (cahaya), atau sebagai "Siraajan Muniiran" (makna literal: Lampu yang Bercahaya).

Ihsan: Semestahidayah.wordpress.com

dRsatim: di Sebalik Nick itu Dajei Takde Akai!

Demikian sifat semulajadi forum TranungkiteOnline (TKO) yang digunakan orang sekadar untuk melampiaskan rasa dendam dan sakit hati yang mencengkam. Jika tidak dapat tanduk, telinga pun cukup untuk dipulas; janji hatinya puas apabila dapat mengena atau menghinakan orang yang tidak sehaluan.

Kronologi mulanya ialah di 'Shout Box' TKO (TranungkiteOnline) apabila teman menegur;

ikanlepu: Jgn terlibat dgn riba; utang kereta/umah sbb ia dosa besar (tak kira ler darurat ke hape. Ia ttp mengundang kemurkaan-Nya). Jatuh fasiq, klu tak munafiq pun. Jika duduk dlm dosa besar camne diri tu dgn Tuhan? Pastu nak doa - nangis2. Kan hipokrit! Cam org munafiq. Tp pd majoriti Melayu, ni okey. Tu sbb mulut Melayu pun ble tahan. Bila buat pertimbangan, out! Kita tak rasa apa2 sbb sekularisme dah mengajor gitu sejak lama. Yang tau agama pun buat juga (pastu nak cerita bab perjuangan!). Kelakar tak?
Sun Dec 16, 2012 11:59 am

ikanlepu: Walau pun nege ribu2 tiap ari, teman tkde akaun bank. Sume main cash sbb walaupun kita simpan, ia tetap subahat n meredhai sistem riba yg ada pd bank. Kolot? Bab nak jaga diri drp kemurkaan Allah swt ni tkde cerita kolotnya! Adakah Islam itu kolot krn menegah kemungkaran? Satu lg daily trading - jual-beli saham harian dikira sbg judi (pun dosa besar juga!) Jgn cerita bab perjuangan klu benda serius camni pun kita gagal!
Sun Dec 16, 2012 12:20 pm

ikanlepu: Cukup tazkirah pagi buat mrk yg 'anti' dgn ilmu rasa (bila solat tu tkde rasa, gamaknyer - main buat je mcm Cina sembah to'kong). Klu rasa terkasor, minta ampun pd Tuhan yg menjadikan kamu. Penting teman cuma bagi tau... the choice is yours!
Sun Dec 16, 2012 12:24 pm

Fazenne: Salute bro ikanlepu... tp x takut ke kena bantai dgn 99% org Melayu yg sokong perbankan Islam dan meng"convert"kan riba' jadi halal? (sbb mereka tak mampu lari dari hutang dan riba')
Sun Dec 16, 2012 3:23 pm

ikanlepu: Teman mmg dah sllu kena bantai... oleh mrk yg keliru, sbnrnyer. Ttg hakikat/ma'rifat tu kot ler isunyer tinggi dan dibantah oleh mrk yg perasan tau, tp tkkn bila bercakap ttg riba pun teman tak betui jg. Cth mudah ler... mike dlm kemurkaan kereta utang, tetiba eksiden, mati; mati dlm kemurkaan! Klu teman ckp lelebih nanti ramai yg akan serbu n teman kena sergah. Tapi cuba fikir dgn ilmu bila mati lagu tu... tatau ler kot ada khilaf ulama, kata dibenarkan!
Sun Dec 16, 2012 3:57 pm

ikanlepu: Itu sbb Nabi saw kata perang yg lebih besar ialah melawan nafsu. Itu yg umat arini kalah; krn nafsu nakkn kereta bru walaupun kereta lama dah abih bayar n masih cantik. Utang beli umah walaupun umah dlu deret setingkat saja - pun dah abih bayar. Dlm Islam (ikut kata tuk guru) diberikan keringanan pd kereta n umah yg pertama, tapi dosa besar tu ttp ada. Tiap solat kena minta ampun... merayu minta dpt selesaikan segera. Hanya pd Dia kita minta untuk lari drp kebejatan riba. Bkn dok gila kat Audi R8 ler.... hehehe.
Sun Dec 16, 2012 3:52 pm

Nampak macam takde apa-apa kerana ia adalah hakikat kehidupan dalam meniti ruang di sana-sini tersadung kemurkaan-Nya - kerana dosa-dosa besar yang dilakukan (ya la... dosa kecil yang diulang 3 kali berturut-turut pun sudah boleh menyebabkan seseorang itu jatuh fasiq, inikan pula melakukan dosa besar yang paling ditegah Allah swt.

Namun tetiba sahaja timbul satu makhluk yang menyamar agar identitinya tidak dikenali; seakan tidak menyukainya.... Maka timbullah watak ini; watak yang takde akai ini; pertama dia melampiaskan rasa dengki dan sakit hatinya...

dRsatim: Setakat nak CnP buku kedai mamak, siapa pun boleh! sana kencing, sini kelentong, berak merata rata, fitnah sana, skandal sini..owh Ikanlepu tak guna akaun bank konon..klu nak tipu pun, agak agak la Elias, umur macam kamu elok elok la bawa bertaubat, nie bukan akaun bank kamu ke, Elias Bin Idris, Hong Leong Bank 188-51-00627-9
                    Mon Dec 17, 2012 9:06 am

Ini adalah jawapan teman terhadap salakannya itu;

Mmg ler kita sekadar mampu C n P je tulisan drp tokoh-tokoh agama yang hebat seperti SAQJ. Malah tulisan ttg bab tasauf pun tkkn ada sesape dr kalangan orang Melayu arini yang mampu meluahkan apa yang tersirat drp kaca telek bab tasauf yang selari dgn agama.


Kita sekadar nak ajak org mengikuti tulisan ulama2 tersohor yang jauh maqamnya drp kita. Klu tak dapat ikut jejak mrk, dapat tempias pun sudah cukup baik. Menyukai hasil pengajaran mereka itu adalah sebaik2 perbuatan buat insan yang lemah n pemalas mcm kita ni.

Sedap dRsatim tulis, "...sana kencing, sini kelentong, berak merata rata, fitnah sana, skandal sini..."

Setakat yang teman tau, orang ini memang yang ada sifat yang begini. Nak cerita pun itu 'aib orang. Biar la klu dia nikmati bahagia begitu. Kita bersimpati dgn orang yang baru belajar nak jadi baik. Maka banyaklah dugaan yang harus ditempuhinya. So, kita sedia meraikan.

"... akaun bank kamu, Elias Bin Idris, Hong Leong Bank 188-51-00627-9"

Hebat pecacai takde akai ni... no akaun ni mmg ada lama dlu (dah mati pun dan Hong Leong Bank mungkin sudah serahkan sejumlah wang yang ada di dalamnya kepada Pemegang Amanah Raya - sbb ia dikira wang yg tidak dituntut!)

No akaun tersebut telah ditulis oleh seorang kawan baik (masa tu) sewaktu membuat blog (http://ikanlepu.blogspot.com) di mana di dalamnya terdapat ruang pesanan novel-novel karya Elias Hj Idris. Ia merupakan akaun untuk menerima wang bayaran (namun teman TAK PERNAH sentuh pun - itu sebab ia 'mati').

Maknanya, teman mmg tak guna akaun bank (berkenaan). Peliknya, camne dRsatim boleh tau secara tuntas dan jelas akan nombor akaun berkenaan? Ooo... mungkin dia ada masuk ke blog tersebut sambil bercadang untuk memesan novel lalu ternampak no tersebut! Tapi err... setau teman, pecacai tkde akai TAKKAN mau novel yang ada banyak 'angan-angan' camtu.

Nota:  Tentang avatar yang digunakan... ya la Rahmat Allah swt itu menyeluruh. Teman pernah melihat avatar ini dalam simpanan seseorang - waktu itu di anjung sebuah mesjid. Malah teman pernah bertanya kenapa 'suka' simpan avatar berkenaan - yang nampak pelik?

Tegas dlam Melaksanakan Hukum Allah swt


Denyut nadi yang sentiasa ingat kepada-Nya: Zikir

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa."

Daripada: Zaxx Sham Rusli (FB) sempena 1 Januari tahun Masehi (Kristian) yang jauh daripada kebenaran.
 

Popular Posts

Cloud